Pada 30 April 2025, ALAF-UKM menerusi Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) bersama Yayasan Canselor telah mengadakan perbincangan bersama Tuan Sheikh Zulkifli Bin Sheikh Abdul Rahim, Pengerusi Persatuan Pelancongan Mersing (MTA) bagi hala tuju potensi kerjasama memperkasa aktiviti Eksplorasi Ilmu di Mersing, Johor.
ALAF-UKM juga turut mengadakan perbincangan di SMK Mersing pada 29 April 2025 juga membincangkan potensi kerjasama dalam program Youth Ecotourism Ambassador dalam memilih 15 orang pelajar terbaik untuk mengikuti sesi latihan intensif komunikasi Bahasa Inggeris bagi program tersebut di Mersing. Program ini diketuai oleh Dr. Khairul Jamaludin, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Pendidikan (FPEND), UKM.
Sesi lawatan dan perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Timbalan Pengarah (Pembangunan & Strategi), ALAF-UKM, Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Prof. Madya Dr. Amizawati Mohd Amir, Timbalan Pengarah Yayasan Canselor UKM, Ahmad Firdaus Shaik Omar, Setiausaha Persatuan Pelancongan Mersing, Dr. Sharizal Hashim, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM.














