Tahniah dan syabas diucapkan kepada Makmal Bioserasi yang telah berjaya mengekalkan status pematuhan kepada Program Komplians OECD Good Laboratory Practice (GLP) dengan penambahan satu lagi skop baharu (Farmaseutikal) yang diterima daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Makmal Bioserasi merupakan MAKMAL DALAM UNIVERSITI PERTAMA DI ASEAN yang diiktiraf sebagai OECD-GLP compliant laboratory bagi skop pengujian peranti perubatan, farmaseutikal dan kosmetik.

Pengiktirafan ini membolehkan produk kosmetik/farmaseutikal/suplemen/peranti perubatan atau sebarang inovasi yang diuji untuk ujian praklinikal di Makmal Bioserasi diterima pakai untuk pendaftaran produk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut boleh email ke kmbioserasi@ukm.edu.my atau layari laman web https://www.ukm.my/makmal_bioserasi/

Tahniah dan syabas diucapkan!