UKM Terima Pengiktirafan di Atas Usaha Pengekalan Status Man and The Biosphere Programme (MAB) UNESCO Tasik Chini

Tasik Chini, Pahang telah berjaya mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui program Man and the Biosphere Programme (MAB). Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat The 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) 2023 di Paris, Perancis pada 14 Jun 2023 yang lalu.

Sehubungan dengan pengiktirafan ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan satu majlis bagi meraikan pengekalan status Man and the Biosfera (MAB) UNESCO Tasik Chini, pada 5 September 2023 bertempat di Swiss-Bell Hotel, Kuantan, Pahang.

Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menerima penghargaan bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dalam penghasilan pelaporan semakan berkala UNESCO (Periodic Review).  Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan  kepada pasukan Task Force yang merangkumi pasukan penyelidik daripada kakitangan UKM diketuai oleh Dr Shazrul serta UKM Pakarunding yang membawa nama UKM dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera ini.

Penghargaan khas oleh Kerajaan Negeri Pahang turut diberikan kepada Profesor Kehormat Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato’ Sri Dr. Mushrifah Hj Idris di atas inisiatif dan usaha beliau mengetengahkan Tasik Chini sebagai tapak Rizab Biosfera Man and the Biosfera (MAB) UNESCO yang pertama di Malaysia. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Task Force yang merangkumi pasukan penyelidik daripada kakitangan UKM dan juga

Majlis itu disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YBrs. Abdul Wahid bin Abu Salim yang mewakili  YB Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin, Profesor Kehormat UKM, Profesor Dato’ Sri Dr. Mushrifah Hj Idris, Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hj Mohd Sharkar bin Shamsudin, Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Hj Zulkifli bin Hj Yaacob, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar & Perancangan), Dato’ Hj. Zahari bin Ibrahim serta barisan pentadbiran negeri Pahang.

#MABUNESCO #RizabBiosferaMAB #TasikChini #UKM #PPTC #PPTCUKM #ALAFUKM #MAB35 #UNESCO #Pahang1st

Scroll to Top

BIOGEORINTIS KUBANG BADAK



Aktiviti:
  • Jelajah Galeri PPL
    Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
  • Teroka Bakau
    Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat ekosistem bakau menaiki bot
  • Snorkeling
    Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk

Budaya Orang Asli & Eksplorasi Hutan


Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini (kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Kandis.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Kalendar Automatik (Tema Engitech)

KALENDAR ACARA

*Tidak semua tempahan yang telah dibuat adalah menggunakan seluruh fasiliti. Para pelanggan boleh membuat pertanyaan kepada kakitangan bertugas.

KELESTARIAN TERNAKAN KETAM NIPAH



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

WARISAN NELAYAN TRADISI



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Mengail Ikan
Mengail ikan menggunakan kampoi dan menaiki bot nelayan

WARISAN EKOSISTEM BAKAU



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Teroka Bakau
Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat ekosistem bakau menaiki bot
•
Snorkeling
Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

WARISAN ALAM DAN TRADISI



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Mengail Ikan
Mengail ikan menggunakan kampoi dan menaiki bot nelayan
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

PAKEJ 5: EKOSISTEM MARIN 3600 (3H2M) Lihat Harga

Ekosistem Marin 360


Aktiviti:
Alami pengalaman berkhemah di hadapan pantai di Mersing.
Menikmati pemandangan malam yang indah di pantai Tg. Resang.
Menghayati keindahan alam marin yang disediakan di EKOMAR.
Mempelajari dan menghayati kehidupan nelayan tradisi.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 5: EKSPLORASI HUTAN & TASIK CHINI (2H1M)  Lihat Harga

Eksplorasi Hutan & Tasik Chini


Aktiviti:
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Kandis.
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Program Saintis Cilik


Aktiviti:
Meneroka flora dan fauna Bukit Fraser.
Nikmati keindahan Air Terjun Jeriau.
Perkhemahan.
Buku panduan dan alat tulis disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 5: ALAMI BUKIT FRASER (2H1M) Lihat Harga

ALAMI BUKIT FRASER


Aktiviti:
Kenali flora dan fauna, tumbuhan etnobotani, ekologi hutan, menyusuri sungai dan air terjun.
Perkhemahan.
Alatan tulis dan buku panduan disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 1: EKSPLORASI DATARAN PASANG SURUT PULAU MAWAR (4 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Dataran Pasang Surut Pulau Mawar


Aktiviti:
Meneroka dataran pasang-surut Pulau Mawar seluas hampir 1 km persegi, hutan bakau pantai serta pentas hakisan dan tunggul laut yang unik.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 4: EKSPLORASI ALAM MARIN (1 HARI) Lihat Harga

Eksplorasi Alam Marin


Aktiviti:
Menikmati keindahan alam marin dengan aktiviti snorkel di pulau-pulau berhampiran.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 2: EKSPLORASI MALAM PANTAI TG. RESANG (3 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Malam Pantai Tg. Resang


Aktiviti:
Meneroka keindahan pantai malam bersama hidupan nokturnal sambil menghayati peranan bulan dan bintang.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 3: KEHIDUPAN NELAYAN TRADISI (1 HARI) Lihat Harga

Kehidupan Nelayan Tradisi


Aktiviti:
Menghayati kehidupan nelayan tradisi termasuk akitiviti memukat, menjala dan menangkap hasil laut.
Mempelajari cara tradisi pembuatan keropok lekor dan sata.
Khidmat jurupandu berpengalaman.