Kinabalu Geopark telah diisytiharkan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) yg ke-2 di Malaysia dalam Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO baru-baru ini selepas 16 tahun Langkawi menjadi UGGp yg pertama di Asia Tenggara.
Jawatan Kuasa Pecutan UGGp Malaysia yang diketuai oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo dan ahli lain termasuk Prof Dr Norhayati Ahmad, Prof Dr Che Aziz Ali, dan Prof Dato’ Dr Norzaini Azman terlibat dalam penyediaan dossier dan persediaan misi penilaian.
Kejayaan ini amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia sekaligus menaikkan nama Malaysia ke mata dunia atas keistimewaan Kinabalu Geopark yang tersendiri.














