Centre for Automotive Research

 FKAB, UKM

Visi dan Misi

 

VISI

Bertekad menjadi pusat kecemerlangan bertaraf antarabangsa sebagai rujukan kepada industri automotif serantau

MISI

Untuk menjadi pusat ilmu berasaskan penyelidikan multidisiplin, pengembangan dan khidmat profesional dalam teknologi automotif


MATLAMAT

  • Penyertaan yang aktif dalam penyelidikan dan kepakaran multidisiplin yang berkaitan dengan teknologi automotif
  • Penghasilan produk berinovatif, paten dan harta intelek dalam bidang yang berkaitan
  • Untuk memperkasakan rangkaian penyelidikan dan penyebaran maklumat di peringkat kebangsaan dan di persada antarabangsa
  • Untuk menghasilkan penyelidik profesional dan berwibawa yang mampu memberi perkhidmatan perundingan yang mampan kepada industri automotif
  • Untuk menjadi makmal penyelidikan yang bertauliah serta mempunyai kelengkapan yang terkini
  • Membentuk komuniti penyelidik berkualiti, berdedikasi dan tersohor dari seluruh dunia serta meramaikan penyelidik muda tempatan menyertai komuniti ini


OBJEKTIF

  • Untuk menjalankan penyelidikan enjin kenderaan
  • Untuk menjalankan penyelidikan termaju mengenai elektronik automotif
  • Untuk membangunkan teknik pembuatan baru dalam pengeluaran komponen dan sistem automotif
  • Untuk membangunkan reka bentuk produk yang berteknologi tinggi
  • Untuk menyediakan hubungan antara syarikat-syarikat tempatan dengan penyelidik di institusi akademik bagi membentuk pakatan strategik
  • Untuk membangunkan pusat rujukan tempatan dan serantau bagi rangkaian syarikat-syarikat berkaitan automotif
  • Untuk memupuk sumber manusia agar mempunyai kepakaran dan ilmu termaju dalam bidang kejuruteraan automotif


BIDANG PENYELIDIKAN UTAMA

  • Kebolehpercayaan dan Keselamatan Kenderaan
  • Mobiliti Elektrik dan Teknologi Kenderaan Pintar
  • Kitar Semula dan Remanufacturing Hayat Kenderaan
Translate »