Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

Bengkel Pembangunan Polisi Keusahawanan Pelajar UKM

18 September 2023

UKM-CESMED kini dalam usaha untuk membangunkan Polisi Keusahawanan Pelajar di UKM. Polisi keusahawanan ini akan membolehkan pelajar menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian sama ada secara fizikal atau dalam talian mengikut garis panduan yang lebih teratur. Pelajar yang mengikuti aktiviti keusahawanan atau perniagaan dan berdaftar dengan UKM-CESMED/fakulti/kolej akan diberikan keutamaan untuk mengikuti program keusahawanan, pertandingan serta pembiayaan perniagaan.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada wakil fakulti bagi penyelarasan input dalam pembangunan polisi keusahawanan. Pengwujudan polisi keusahawanan ini akan dapat menyemarakkan lagi keberkesanan aktiviti berteraskan keusahawanan di UKM.

Pembangunan polisi keusahawanan ini diketuai oleh Prof Madya Dr. Azry Khoiry, Timbalan Pengarah UKM-CESMED yang menjalankan fungsi pengarah dan dibantu oleh Dr. Mazlina Mohd Said (Timbalan Pengarah UKM-CESMED) dan Penolong Dekan Keusahawanan dan Kreativiti (PDKK) dari Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains dan teknologi, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Pengajian Islam dan Pusat Pengajian Citra Universiti.

Translate »