Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

Bengkel Penambahbaikan Kursus LMCW 1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi

18 September 2023

Kursus LMCW 1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi merupakan kursus wajib dipelajari oleh semua pelajar UKM. Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) pada semester 2 setiap sesi pengajian. Oleh itu penambahbaikan atau semakan proforma kursus diadakan bagi memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan relevan kepada pelajar.

Perbincangan ini diketuai oleh Prof Madya Dr. Azry Khoiry, Timbalan Pengarah UKM-CESMED dan dihadiri oleh Penolong Dekan Keusahawanan dan Kreativiti (PDKK) dari Fakulti Perubatan, Fakulti Sains dan teknologi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Pergigian, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Pusat Pengajian Citra Universiti.

 

Translate »