Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

KIOSK NIAGA SISWA

Kiosk Niaga Siswa

UKM-CESMED menyediakan ruang niaga kepada usahawan siswa UKM yang berminat untuk menjalankan perniagaan di UKM. Sebanyak 6 unit kiosk telah dinaiktaraf dan sedia untuk disewakan kepada usahawan pelajar dengan kadar sewa sebanyak RM 120 sebulan. Kiosk ini bertempat di Aras 2, Pusanika UKM. 

Jenis perniagaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:- 

  1. Makanan siap pek (sedia dimakan)
  2. Makanan ringan / pencuci mulut
  3. Minuman 
  4. Pakaian / Aksesori
  5. Produk kecantikan / kesihatan
  6. Kraftangan
  7. Gadjet / Aksesori
  8. Barangan runcit

Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan di bawah : 

Borang permohonan : https://bit.ly/borangpermohonankiosk

Maklumat lanjut sila hubungi
Cik Suryani 

03 8921 4891

013 944 5690

suryani@ukm.edu.my

Translate »