Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

Program Pembangunan Usahawan Agrotek (Pertanian Bandar)

19 September 2023
 
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diwakili oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik iaitu Puan Fazidah Mustafa telah hadir ke UKM-CESMED untuk sesi lawatan tapak projek bagi Program Pembangunan Usahawan Agrotek (Pertanian Bandar). Turut hadir ialah Puan Nooraidah Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan, Bahagian Perancangan Strategik dan Prof. Dr. Aida Idris, Pengarah Pusat Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar, Universiti Malaya (UM) selaku penganjur program.
 
Delegasi ini telah disantuni oleh Dr. Mazlina Mohd Said, Timbalan Pengarah UKM-CESMED dan para pelajar yang merupakan peserta program. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat keberkesanan program dan pelaksanaan yang dijalankan oleh pelajar UKM secara lebih dekat di mana projek pertanian bandar ini merangkumi tiga tanaman iaitu fertigasi terung, hidroponik rock melon dan cendawan tiram.
Sesi lawatan bermula dengan taklimat ringkas pelaksanaan program oleh Prof. Dr. Aida Idris dan disusuli dengan pembentangan daripada pelajar iaitu berkisarkan pelaksanaan proses pemindahan ilmu secara teori dan praktikal dalam penanaman pertanian bandar termasuk proses membangunkan tapak projek, proses penyemaian anak benih, penjagaan tanaman, modifikasi sistem yang dilaksanakan dan cabaran yang dihadapi serta solusi yang telah berjaya dilaksanakan.
 
Lawatan ke ladang inkubator iaitu tapak projek yang bertempat di Plot A, Taman Botani UKM memberikan peluang kepada delegasi dari KPT dan UM untuk melihat secara lebih dekat pelaksanaan projek yang dijalankan oleh pelajar. Mentor industri iaitu Encik Othman Nawawi sangat membantu membimbing pelajar dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek akan tamat pada penghujung tahun 2023, namun pelaksanaan projek akan diteruskan oleh pelapis baharu agar aktiviti pertanian turut menjadi salah satu agenda keusahawanan di universiti.
 
Pelajar yang hadir pada pembentangan adalah seperti berikut:
1. Muhammad Haiqal Hassan Haiqal Hassan
2. Khairul Nazmi Kamaruzaman
3. Muhamad Sayyid Elias
4. Muhammad Akmal Azim Mohamad Rais
1. Muhammad Aqmar Mohd Karim
2. Suraaj A/L Krishnasamy
Translate »