Sekretariat Endowmen & Kedermawanan Kampus Kuala Lumpur

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Tabung Wakaf Khas Bas Pelajar UKM (Kampus Kuala Lumpur)

Pengenalan

Kampus Kuala Lumpur, UKM mempunyai empat (4) buah bas panjang dan tiga buah bas pendek untuk digunakan oleh pelajar. Bas-bas ini berusia antara 16 tahun ke 23 tahun. Bas yang sedia ada sudah melangkaui usia penggunaan dan sering mengalami kerosakan yang besar. Bas merupakan kenderaan utama terutamanya kepada pelajar-pelajar berjumlah 3,309 orang merangkumi pelajar di dalam bidang perubatan, sains kesihatan, farmasi dan pergigian yang menjalani latihan klinikal serta kerja lapangan di luar Kuala Lumpur. Bas yang sedia ada menunggu waktu untuk dihentikan perkhidmatan. 

Objektif

  • Meningkatkan tahap keselesaan penggunaan bas kepada pelajar UKM.
  • Meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Bahagian Kenderaan Kampus Kuala Lumpur seiring dengan keperluan kemudahan pengangkutan moden era 2021.
  • Mengurangkan perbelanjaan kos penyelenggaraan kenderaan di Kampus Kuala Lumpur.
  • Memastikan aspek pematuhan peraturan kerajaan dan keselamatan pengguna diutamakan serta dipertingkatkan.
  • Mewujudkan elemen penjanaan dengan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada orang awam.