Sekretariat Endowmen & Kedermawanan Kampus Kuala Lumpur

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Tabung Wakaf Khas Galeria Pelajar

Pengenalan

Cetusan idea untuk mewujudkan Galeria Pelajar terhasil memandangkan pelajar Fakulti Perubatan belum mempunyai satu kawasan khas yang digazetkan sebagai tempat perbincangan dan berkumpul dalam kalangan pelajar. Kawasan galeria ini akan berkonsepkan seperti kawasan perbincangan pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti sofa, meja  serta stesen pengecasan telefon dan komputer riba. Galeria ini juga akan mempunyai ruang pameran buku-buku yang diterbitkan oleh pensyarah Fakulti Perubatan. Selain itu, terdapat sudut bantuan makanan atau Food Bank bagi memudahkan pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan.

Objektif

  • Tempat berkumpul pelajar untuk menyiapkan tugasan dan berdiskusi antara mereka.
  • Tempat tumpuan pelajar untuk berehat sebentar sementara menunggu kuliah yang seterusnya tanpa perlu pulang ke kolej kediaman.
  • Memaparkan mantan-mantan Dekan Fakulti Perubatan serta Hall of Fame Alumni fakulti.
  • Sebagai salah satu sumber penjanaan fakulti melalui sewaan ruang mini bar (termasuk food bank).
  • Mempamerkan buku-buku yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Perubatan untuk tontonan dan bacaan pelajar.