Sekretariat Endowmen & Kedermawanan Kampus Kuala Lumpur

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Tabung Wakaf Khas Kerusi Pergigian

Pengenalan

Fakulti Pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan pada tahun 1996 di Kuala Lumpur, mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan kepakaran klinikal. Namun begitu, reputasi kecemerlangan ini terbatas kerana usia kerusi pergigian yang melebihi 20 tahun yang dibeli pada tahun penubuhannya. Disamping itu, kos penyelenggaraan dan penggantian alat amat mahal ditambah pula dengan pihak pengeluar telah menghentikan pengeluaran alat ganti bagi model kerusi pergigian yang lama.

Objektif

  • Memastikan kelangsungan perkhidmatan dengan penggantian kerusi yang baru.
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan keperluan kemudahan perubatan moden era 2020.
  • Meningkatkan jumlah pesakit yang mendapat rawatan pergigian.
  • Fakulti Pergigian komited untuk menumpukan kepada tiga aspek penting iaitu mutu perkhidmatan, memperkasa penjanaan dan meningkatkan tahap pendidikan yang mampu melahirkan lebih ramai pakar di dalam bidang pergigian.
  • Mengurangkan kos penyelenggaraan dengan penggantian kerusi yang baru.