Sekretariat Endowmen & Kedermawanan Kampus Kuala Lumpur

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Tabung Wakaf Khas Rheometer & Particle Size Analyzer

Pengenalan

Pusat Kajian Teknologi Penyampaian Dadah telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2012. Pusat ini telah menjalankan penyelidikan dalam pembangunan formulasi dengan menggunakan alatan seperti Malvern Zetasizer dan Rheometer. Namun begitu, peralatan ini telah digunakan semenjak 2007 dan menyebabkan alat ganti sudah tiada lagi di pasaran disamping kos penyelenggaraan yang amat tinggi. Kesannya, terdapat kerja-kerja penyelidikan tidak dapat dijalankan oleh penyelidik/pelajar. Peralatan sedia ada tidak berdaya saing dan sering mengalami kerosakan yang besar.

Objektif

  • Peralatan ini penting untuk membolehkan kebolehpasaran pihak universiti bersama industri dalam menyediakan penyelidikan berkualiti untuk penyelidik termasuk pelajar serta perkhidmatan analisa produk farmaseutikal, yang seterusnya memastikan formulasi yang dibangunkan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.
  • Peralatan ini juga digunakan untuk melatih pelajar/ ahli profesional berkaitan dalam membangunkan dan menganalisa kualiti produk farmaseutikal yang sangat berguna untuk pembangunan kerjaya mereka pada masa hadapan.
  • Menyediakan platform untuk pembangunan formulasi berkualiti bagi herba tempatan yang akan membantu ekonomi masyarakat dan negara.