Sekretariat Endowmen & Kedermawanan Kampus Kuala Lumpur

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Tabung Wakaf Khas Bioanalyzer

Pengenalan

Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI)  telah ditubuhkan pada tahun 2003  mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang penyelidikan genomik molekul dan telah diberikan status sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) oleh KPT pada 2008.

Elektroforesis kapilari berasaskan cip  digunakan oleh penyelidik untuk menentukan integriti DNA, RNA protein dan lain-lain sebelum ke langkah eksperimen seterusnya. Langkah ini sangat penting di dalam memastikan kawalan kualiti penyelidkan molekul. Bilangan mesin sedia ada tidak dapat menampung penggunaan semasa dan ia telah menyebabkan jangka hayat mesin menjadi pendek dan kos penyelengaraan yang tinggi. 

Objektif

  • Meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan penyelidikan Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI)seiring dengan misi dan visi UMBI.
  • Meningkatkan lagi jumlah penjanaan UMBI dengan kebersediaan dalam menyediakan perkhidmatan penyelidikan yang berkualiti kepada pelanggan.