Fakulti Farmasi | Faculty of Pharmacy, UKM

 Menerajui Farmasi Untuk Kesihatan | Advancing Pharmacy For Health

Kekosongan jawatan GRA-Master @ Fakulti Farmasi

Calon harus memiliki latar belakang dan minat dalam Kimia Medisinal / Kimia / Farmakologi dengan Ijazah Sarjana Muda (CGPA> 3.0). Calon yang bermotivasi tinggi, rajin dan bersikap positif diutamakan. Calon juga perlu fasih dan berkemahiran dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Calon yang berjaya akan menjalankan penyelidikan dalam Sintesis dan Pembangunan Ubatan Berasaskan Komputer. Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan CV lengkap sebelum 28 Disember 2018 ke alamat e-mel di bawah.

Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Lam Kok Wai, Ph.D. Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia E-mel: david_lam@ukm.edu.my