PMFFar menang MyPSA Best Society Award (IPTA)

PMFFar sesi 2015/2016 telah berjaya merangkul MyPSA Best Society Award (IPTA) pada 11 September 2016. MyPSA (Malaysian Pharmacy Students’ Association) merupakan persatuan yang melibatkan persatuan pelajar farmasi daripada IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia. MyPSA Best Society Award adalah anugerah tahunan yang diberikan daripada MyPSA kepada persatuan pelajar farmasi yang paling aktif berdasarkan kriteria yang diperlukan. Laporan aktiviti tahunan perlu dihantar oleh setiap persatuan kepada MyPSA. Untuk julung kalinya, PMFFar sesi 2015/2016 berjaya merangkul MyPSA Best Society Award 2016 (IPTA). Tahniah kepada PMFFar sesi 2015/2016 atas pencapaian tersebut!


mypsa_pmffar_00001

mypsa_pmffar_00002