Program MIA CARE Briefing
Adalah dimaklumkan Program MIA CARE: MIA CARE ialah program penilaian berstruktur yang berasaskan pendekatan mentor-mentee yang memantau pengalaman praktikal mentee. Program CARE menyokong IFAC International Education Standard (IES) 5, Keperluan Pengalaman Praktikal. Diperkenalkan pada 1 November 2009, ia menetapkan pelbagai kecekapan yang perlu diperolehi sebelum memohon keahlian MIA sebagai Akauntan Bertauliah. Dengan pelaksanaan CARE, pengalaman praktikal yang diperolehi oleh mentee seharusnya membolehkan mereka menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan profesional, kemahiran, nilai, etika dan sikap yang diperlukan untuk melaksanakan kerja mereka dengan kecekapan profesional dan terus berkembang sepanjang kerjaya mereka.
Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat akan diadakan seperti butiran berikut bagi tujuan memperkenalkan program MIA CARE kepada pelajar yang berhasrat untuk menjadi akauntan bertauliah dan berdaftar dengan MIA di Malaysia.
- Program: MIA CARE Briefing
- Penceramah: Pn Nurul Farhana Abdul Raof dan Pn Siti Murni Amer dari MIA
- Moderator: Dr. Aziatul Waznah Ghazali
- Tarikh: 14 Disember 2022
- Waktu: 3:00pm – 5:00pm
- Peserta: Pelajar tahun 3 dan 4
- Join Zoom Meeting
https://ukm-edu-my.zoom.us/j/91501561694?pwd=dDl2ZUpid01TanI5R2VXMUNURE5ZUT09