Surat/ Pemakluman berkaitan Pemilihan Laluan

Surat Pemakluman Pilihan Laluan

 

Pelajar Tahun 1
Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Sesi Kemasukan 2022-2023

Saudara/i,

PEMILIHAN LALUAN KE PROGRAM SARJANA MUDA PERAKAUNAN
SESI KEMASUKAN 2022-2023

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar dari Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Sesi Kemasukan 2022-2023 yang berjaya masuk ke Program Sarjana Muda Perakaunan untuk sesi baharu akan datang.

3. Untuk makluman saudara/i, selepas perbincangan dan pemilihan dibuat maka terdapat ralat pada proses pemilihan laluan. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama saudara/i mengisi google form Pemilihan Laluan Bagi Program Sarjana Muda Perakaunan melalui link ini https://forms.gle/CkpwfxLmeVQiVt859 . Tempoh pemilihan laluan ini dibuka bermula 7 – 9 Jun 2023.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

KAMARUL BARAINI KELIWON
Ketua Program Perakaunan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan