๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ˆ๐…๐“๐€๐‘ ๐€๐‹๐€๐…-๐”๐Š๐Œ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐…๐‘๐€๐’๐„๐‘ ๐๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐† ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Bersama Komuniti Bukit Fraser anjuran Pusat Penyelidikan Bukit Fraser bersama Pengurusan ALAF-UKM bertempat di Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser, Pahang.
ย 
Majlis yang berlangsung dengan penuh keberkatan dan hikmah ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ALAF-UKM dan penduduk setempat dengan berbuka puasa bersama-sama dengan cara bergotong-royong dalam menyediakan juadah berbuka puasa yang dihadiri kira-kira 40 orang penduduk setempat.
ย 
Majlis ini dimulakan dengan acara bergotong-royong menyediakan juadah seawal jam 3 petang, kemudian diteruskan dengan acara berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak serta solat Terawih berjemaah. Dalam pada itu, seramai 4 buah keluarga daripada komuniti ini turut menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sumbangan hari raya yang telah disempurnakan oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin. Turut hadir sama pada majlis ini Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Dr. Shamsul Khamis dan Pengurusan ALAF-UKM.
ย 
ALAF-UKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa, dan sumbangan bagi menjayakan majlis berbuka puasa ini. Semoga amal ibadah kita di bulan Ramadan ini diberkati oleh Allah SWT dan terus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
ย 

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

๐ŸŒ https://www.ukm.my/fraser/

Tel:ย 03-8911 8515ย | Faks:ย 03-8911 8516
Emel:ย pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin โ€“ Khamis
Monday โ€“ Thursday
08:00 โ€“ 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 โ€“ 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

+603-8911 8515
ppbf-alaf@ukm.edu.my

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

© Pusat Penyelidikan Bukit Fraser

ยฉ 2025 Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM