πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠπ€π ππ”πŠπˆπ“ 𝐅𝐑𝐀𝐒𝐄𝐑

Alhamdulillah, semalam (29 Syawal) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Pusat Penyelidikan Bukit Fraser bersama Pengurusan ALAF-UKM. Bertemakan β€œWarna Warni Aidilftri”, majlis ini telah dihadiri kira-kira 100 orang tetamu undangan yang terdiri daripada komuniti setempat, Pejabat Kesihatan Bukit Fraser, wakil-wakil agensi kerajaan, NGO dan swasta serta tetamu khas.
Β 
Majlis ini bermula sejak 8 Mei 2024 (Rabu) di mana warga ALAF-UKM bersama-sama bergotong-royong menyediakan pelbagai juadah seperti lemang, rendang ayam dan daging, wajik, nasi impit kuah kacang dan pelbagai juadah lagi khas buat para tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis sambutan yang julung kali ini diadakan.
Β 
ALAF-UKM merakamkan ucapan setinggi-tinggi perghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa hadir memeriahkan majlis ini meskipun Syawal telah tiba ke penghujungnya. Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin turut sama meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para tetamu yang hadir ke majlis ini di mana ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara ALAF-UKM dan komuniti setempat.
Β 

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

🌐 https://www.ukm.my/fraser/

Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

+603-8911 8515
ppbf-alaf@ukm.edu.my

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

© Pusat Penyelidikan Bukit Fraser

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM