Projek M.U.L.A: Micro-Entrepreneurship for Local Empowerment of Asnaf

Projek M.U.L.A: Micro-Entrepreneurship for Local Empowerment of Asnaf

Projek M.U.L.A (Micro-Entrepreneurship for Local Empowerment of Asnaf) merupakan inisiatif pembangunan komuniti yang dilaksanakan oleh pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari UKM Graduate School of Business (UKM-GSB). Projek ini bertujuan untuk memperkasa sekumpulan usahawan mikro daripada golongan asnaf dengan menyediakan sumber, latihan, dan sokongan keusahawanan bagi mengukuhkan perniagaan sedia ada mereka.

Melalui latihan berstruktur, bimbingan individu oleh usahawan berjaya, serta pendedahan praktikal dalam dunia perniagaan sebenar, Projek M.U.L.A membantu peserta meningkatkan kemahiran, keyakinan dan keupayaan mereka dalam mengurus serta mengembangkan perniagaan dengan lebih berkesan.

Inisiatif ini menyasarkan transformasi peserta daripada status asnaf kepada individu yang berdaya saing dan berdikari secara kewangan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat secara mampan.

Program yang berlangsung dari Julai hingga Ogos 2025 ini merangkumi siri bengkel, sesi bimbingan, dan lawatan industri di sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih, bagi memberi pengalaman dan pembelajaran secara langsung kepada para peserta.

Projek M.U.L.A mencerminkan komitmen UKM-GSB terhadap pembangunan komuniti yang inklusif dan lestari, selaras dengan misi universiti untuk melahirkan pemimpin yang beretika, bertanggungjawab sosial dan berupaya memacu perubahan positif melalui keusahawanan dan inovasi.

BERITA UKM:
https://www.ukm.my/beritaukm/projek-mula-memacu-transformasi-usahawan-asnaf-secara-mampan/