Siri Wacana UKM-GSB & FELDA: Memperkasa Pemimpin Wanita Masa Hadapan

Siri Wacana UKM-GSB & FELDA

Pemerkasaan Wanita: “Memperkasa Pemimpin Wanita Masa Hadapan”

24 Mei 2023 (Rabu) | 9.00 Pagi – 12.30 Tengah hari | Dewan Bankuet 3, Menara FELDA, Kuala Lumpur

Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB) telah mengadakan sebuah program siri wacana dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil FELDA iaitu sebuah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Bagi mencapai objektif program yang bertemakan Pemerkasaan Wanita, siri wacana bertajuk “Memperkasa Pemimpin Wanita Masa Hadapan” diadakan sebagai platform untuk mengupas dan membincangkan cabaran serta cadangan bagi memperkasakan pemimpin wanita, di samping memupuk generasi baharu pemimpin wanita yang efisien dan cekap bagi mencorakkan masa depan negara.

Gallery