Gegar Gamat Pemacu Perubahan

Gegar Gamat Pemacu Perubahan

Definisi

Tujuan

Kriteria Umum

  1. Projek penyelidikan yang berdaftar dengan UKM dan telah mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada pencapaian carta perbatuan atau telah selesai.
  2. Projek penyelidikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 rakan kerjasama sama ada agensi kerajaan, komuniti atau industri.
  3. Projek penyelidikan telah mencapai sekurang-kurangnya tahap TRL 3 (pembuktian konsep melalui ujikaji berskala makmal) untuk bidang Sains, Teknologi dan Kesihatan.
  4. Projek penyelidikan perlu menyediakan pembuktian bagaimana kajian tersebut telah memberi impak yang signifikan kepada pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, industri dan komuniti.
  5. Projek penyelidikan telah menghasilkan kertas polisi atau memfailkan harta intelek seperti paten, pembaharuan utiliti, hak cipta, cap dagangan, rekabentuk perindustrian, litar tutup bersepadu, kepelbagaian baharu tumbuhan dan rahsia dagangan.

Kriteria Khusus

Taraf 1

Jalinan Hubungan

  • Pihak berkepentingan perlu berada pada tahap kesediaan dan penerimaan terhadap ilmu atau teknologi yang dibawa oleh universiti.
  • Pengukuhan hubungan di antara pihak berkepentingan dan universiti dapat dilihat menerusi surat atau emel rasmi lawatan atau kunjungan ke tempat pihak berkepentingan.
  • Bagi program/projek yang melibatkan komuniti secara langsung, kehadiran peserta ketika program/projek dijalankan hendaklah sekurang-kurangnya 75% daripada kehadiran yang dinyatakan dalam kertas kerja asal.

Taraf 2

Sokongan & Penglibatan

  • Pihak berkepentingan memberi sokongan dan penglibatan penuh terhadap pelaksanaan program/projek bersama universiti. Sokongan dapat dilihat menerusi surat rakan kerjasama atau perjanjian secara formal seperti Surat Hasrat (LOI), Memorandum Persefahaman (MOU) dan Memorandum Perjanjian (MOA).
  • Penglibatan dapat dilihat menerusi pandangan pihak berkepentingan yang menganggap pelaksanaan program/projek adalah relevan

Taraf 3

Perubahan Pengetahuan, Sikap, Kemahiran dan Aspirasi (PSKA)

  • Hasil pelaksanaan program/projek menyebabkan perubahan pengetahuan, sikap, kemahiran atau aspirasi kepada pihak berkepentingan.
  • Berjaya mencapai taraf 3 sekiranya, pihak berkepentingan menunjukkan perubahan secara positif atau bersedia untuk mengamalkan inovasi.
  • Bukti pengukuran melalui dapatan analisis terhadap soal selidik atau temuramah pihak berkepentingan.

Taraf 4

Perubahan Amalan

  • Pihak berkepentingan mengamalkan inovasi secara berterusan setelah berlaku proses pemindahan ilmu atau teknologi menerusi pelaksanaan projek bersama universiti.
  • Pihak berkepentingan turut menerima manfaat secara terus dari perubahan amalan inovasi seperti pengurangan kos, peningkatan pendapatan dan kualiti kehidupan yang lebih baik.
  • Bukti dapat dilihat menerusi pemerhatian atau analisis data bilangan pihak berkepentingan yang mengamalkan inovasi menerusi pemindahan ilmu atau teknologi hasil projek penyelidikan.

Taraf 5

Pengehakupayaan

  • Pihak berkepentingan mampu mengamalkan ilmu atau menggunakan teknologi secara mandiri walaupun projek telah tamat.
  • Ilmu atau teknologi yang disalurkan perlu memberi kesejahteraan komuniti, meningkatkan kualiti persekitaran dan memperkasa kelestarian dalam amalan inovasi.
  • Bukti dapat dilihat menerusi pemerhatian dan temu ramah bersama pihak berkepentingan.
  • Projek penyelidikan mempunyai impak yang boleh diukur melalui Indeks Kreativiti.

Taraf 6

Pengantarabangsaan

  • Projek Penyelidikan yang telah menjadi pemacu perubahan kepada pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa.
  • Projek penyelidikan telah menghasilkan kertas polisi atau memfailkan harta intelek di peringkat antarabangsa, atau projek telah mendapat pelaburan antarabangsa, atau menghasilkan penjanaan sekurang-kurangnya RM1,000,000.00 (satu juta ringgit Malaysia) di peringkat antarabangsa.
  • Bukti dapat dilihat menerusi dokumen berkaitan perkara (ii) bersama pihak berkepentingan.
  • Projek penyelidikan mempunyai impak yang boleh diukur melalui Indeks Kreativiti