Bicara UIO Siri 2/2025 “Integriti Penyelidikan: Prinsip & Amalan Baik”

Program Bicara UIO Siri 2/2025 bertajuk “Integriti Penyelidikan: Prinsip & Amalan Baik” secara dalam talian (Aplikasi ZOOM) yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Nazura Abdul Manap, Profesor, Fakulti Undang-Undang UKM telah diadakan dengan jayanya pada 12 Jun 2025.
 
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran warga Akademik serta Pengurusan & Profesional (P&P) UKM tentang kepentingan prinsip integriti dalam penyelidikan.
Seramai 260 orang peserta telah mengambil bahagian, terdiri daripada kumpulan Akademik, P&P, dan Pelaksana. Unit Integriti & Ombudsman berharap, agar program ini berjaya memperkukuh budaya penyelidikan beretika di UKM.
 

Similar Posts