Skip to main content

Jabatan Pendidikan Perubatan

CARIAN

Author: jppfper

Program Case Pelajar Perubatan

Program 'clinical advances & sharing exchange (Case) Pelajar Perubatan

14 Januari 2026

Pada 08 Mei 2026 yang lalu, telah dijalankan program Clinical Advances & Sharing Exchange (CASE) di Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pelajar Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.
 
Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran para pelajar terhadap prosedur-prosedur klinikal. 

Berita lain

Lawatan Pelajar UNPAD ke Makmal Simulasi Asas, Jabatan Pendidikan Perubatan

Lawatan Pelajar UNPAD ke Makmal Simulasi Asas, Jabatan Pendidikan Perubatan

14 Januari 2026

Pada 14 Januari 2026 yang lalu, para pelajar Program UNPAD telah datang untuk membuat lawatan ke Makmal Simulasi Asas Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.
 
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat berkenaan fasiliti-fasiliti yang terdapat di Fakulti Perubatan UKM. Pelajar juga telah didedahkan kepada beberapa prosedur yang terdapat di Makmal Simulasi Asas seperti Adult CPR, Urinary Catheterisation, Suturing & Venepuncture.

Berita lain

Tahniah Anne Albert, Pelajar Sarjana Pendidikan Perubatan

TAHNIAH ANNE ALBERT, SARJANA PENDIDIKAN PERUBATAN

24 November 2025

Tahniah diucapkan kepada Pelajar Sarjana Pendidikan Perubatan yang telah dianugerahkan Sarjana Pendidikan Perubatan di Majlis Konvokesyen UKM Ke-53. 
 
Pelajar yang telah dianugerahkan Sarjana Pendidikan Perubatan ini adalah:


Anne Albert
Sesi Mula: 2021/2022
Sesi Tamat: 2024/2025

 
Pihak jabatan mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada saudari Anne  Albert yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana ini.
 
 
Ikhlas daripada Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.

Berita lain

Penilaian Akreditasi Program Sarjana Pendidikan Perubatan

PENILAIAN AKREDITASI PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN PERUBATAN

08 Januari 2026

Pada 18 Januari 2026 yang lalu, Jabatan Pendidikan Perubatan telah berjaya menjalankan Penilaian Akreditasi untuk Program Sarjana Perubatan.

Berita lain

Bengkel Medicolegal Untuk Penyedia Perkhidmatan Kesihatan 2025

MEDICOLEGAL WORKSHOP FOR HEALTHCARE PROVIDERS

30 Mei 2025

BENGKEL MEDICOLEGAL UNTUK PENYEDIA PERKHIDMATAN KESIHATAN 2025
Untuk Doktor, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat & Anggota Kesihatan Bersekutu

Anjuran oleh Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan, UKM

Tarikh: Sabtu, 14 Jun 2025
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Blok Pra-Klinikal, Fakulti Perubatan, UKM

Turut ditawarkan secara dalam talian (Zoom)

Penceramah Jemputan:
Raja Eileen Soraya – Peguam Litigasi, Raja Darryl & Loh
Christal Wong – Peguam Litigasi Shearn Delamore & Co
AP Dr Aimi Nadia – Pensyarah dan Ketua Jabatan Etika Perubatan & Undang-undang UiTM
Dr Siti Farahiyah – Pensyarah Fakulti Undang-Undang, UKM
Dr Siew Sheue Feng – Pakar Patologi Forensik, HKL
Dr Zulkefli – Ketua Unit Medicolegal, HKL

Sorotan Bengkel:
Pendekatan menyeluruh untuk semua HCP
Perbincangan cabaran litigasi & penjagaan pesakit
Forum interaktif bersama pakar undang-undang
Demonstrasi rantaian penjagaan bukti
Kuiz & hadiah menarik! (untuk peserta fizikal sahaja)

 

8 Mata CPD (MYCPD / MMA)

Yuran Penyertaan:
Fizikal: RM100
Dalam Talian (Zoom): RM100

Tarikh tutup pendaftaran:
Fizikal: 8 Jun 2025 | Dalam Talian: 13 Jun 2025

Pertanyaan & Pendaftaran:
mlw2025fper@gmail.com
Dr Chin: ‪+6016-3368711‬??
Cik Niethiya: ‪+6010-9261608‬??

Imbas QR pada poster atau klik pautan https://shorturl.at/KnHoO? untuk maklumat lanjut

Berita lain

Tahniah Pelajar Sarjana Pendidikan Perubatan

TAHNIAH PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN PERUBATAN

27 November 2024

Tahniah diucapkan kepada para Pelajar Sarjana Pendidikan Perubatan yang telah dianugerahkan Sarjana Pendidikan Perubatan pada 24 November 2024 di Majlis Konvokesyen UKM Ke-52. 
 
Para pelajar yang telah dianugerahkan Sarjana Pendidikan Perubatan ini terdiri daripada:
  1. Dr. Archie Reiniatie (Sesi 2022/2023)
  2. Wan Nurfaleana Wan Razmi (Sesi 2021/2022)
  3. Dr. Muhammad Nazim Othman (Sesi 2022/2023)
  4. Dr. Nor Azura Ahmad Tarmidzi (Sesi 2022/2023)
  5. Dr. Fatimah Zahra Mohamad Rom (Sesi 2022/2023)

Sesi ini juga turut disertai oleh Dr. Muhammad Nazim Othman yang merupakan Pensyarah Pelatih DU51P di Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.

Pihak jabatan mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana ini.


Ikhlas daripada Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.

Berita lain

Pertukaran Kakitangan – Cik Nur Bariah Ahmad Razali

PERTUKARAN KAKITANGAN - CIK NUR BARIAH AHMAD RAZALI

10 Oktober 2024

TERKINI. Dimaklumkan bahawa Cik Nur Bariah Ahmad Razali, Pembantu Tadbir (P/O) N22 telah ditukarkan ke Pusat Jaringan Industri & Komuniti, UKM Bangi berkuatkuasa pada 10 Oktober 2024.

Pihak jabatan ingin mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih yang tidak terhingga di atas khidmat dan jasa Cik Nur Bariah Ahmad Razali sepanjang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.

Dengan ingatan tulus ikhlas dan terima kasih daripada Ahli Jabatan Pendidikan Perubatan.

Selamat Maju Jaya

Berita lain

Bengkel Hands-on Table 4 Pascasiswazah

BENGKEL HANDS-ON TABLE 4 PASCASISWAZAH

01 Oktober 2024

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perubatan dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Sains Perubatan dan Kesihatan Malaysia (MAEHMS) akan menganjurkan Bengkel Hands-on Table 4 Pascasiswazah. 


Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bengkel:

Tarikh: 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa: 08:00 Pagi sehingga 05:00 Petang
Tempat: Ruang AktivUKM (Alpha), Jabatan Pendidikan Perubatan, Blok Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Siti Zubaidah Abdul Karib
Tel: 03-9145 8773  |  Emel: jppfper@ukm.edu.my

Berita lain

Tahniah Prof. Madya Dr. Mohamad Nurman Yaman

TAHNIAH PROF. MADYA DR. MOHAMAD NURMAN YAMAN

30 Julai 2024

Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohamad Nurman Yaman, Pensyarah Perubatan Jabatan Pendidikan Perubatan yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred 54
yang berkuatkuasa pada 25 Jun 2024 yang lalu.

Berita lain