TAHNIAH PEMENANG UTAMA PEMODELAN ECRL2027

Jabatan Sains Matematik (JSM), FST UKM ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada EMPAT kumpulan mahasiswa JSM yang telah melakar keputusan yang amat membanggakan dalam Pertandingan Pemodelan Matematik Tambang ECRL2027 peringkat akhir yang berlangsung pada 13 Jun 2026! 🚂💨
Wakil mahasiswa kita telah bertanding di bawah Kategori II (Peringkat Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara) anjuran JPK & SUTRA, FKAB UKM. Hasilnya, anak-anak didik JSM berjaya menyapu bersih kedudukan podium utama! 🥇🥈🥉
💡 Syabas juga diucapkan kepada barisan pensyarah mentor, Prof. Madya Dr. Azmin Sham Rambely dan Dr. Sakhinah Abu Bakar, atas bimbingan luar biasa sepanjang pertandingan ini.
#JSMProud #FSTUKM #ECRL2027 #PemodelanMatematik #SainsMatematikUKM #JuaraPodium #IlmuMutuDanBudi #JSM