Jabatan Sains Matematik UKM

 Department of Mathematical Sciences

Pengenalan

Sejarah

Jabatan Sains Matematik (JSM) bermula semenjak tertubuhnya Jabatan Matematik pada tahun 1970, iaitu seiring dengan penubuhan UKM. Pada tahun 1978 Unit Statistik dan Sains Komputer diwujudkan dalam Jabatan Matematik.

Pada tahun 1982 Jabatan Matematik dinaikkan taraf menjadi sebuah fakulti yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kuantitatif (PPK) dan terdiri daripada Jabatan Matematik, Jabatan Statistik dan Jabatan Sains Komputer. Seterusnya pada tahun 1991 PPK menukar nama kepada Fakulti Sains Matematik dan Komputer (FSMK).

Pada tahun 1994 FSMK berkembang kepada dua fakulti, iaitu Fakulti Sains Matematik (FSM) dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). FSM kemudian menubuhkan Pusat Peningkatan Kualiti dan Produktiviti pada tahun 1996 bagi mempromosi sains matematik kepada pihak luar.

Penstrukturan semula fakulti-fakulti gugusan sains berlaku pada 19 Julai 1999, menyebabkan FSM menjadi Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi.

Dan akhirnya pada Disember 2019, Pusat Pengajian Sains Matematik kini dikenali sebagai Jabatan Sains Matematik.

Hubungi Kami

Alamat:

Bangunan Sains Matematik,
Fakulti Sains dan Teknologi,
43600 UKM Bangi,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor,
Malaysia

Telefon:

+603 8921 5714

Fax:

+603 8925 4519