Bank Data UKM

Pusat Pengajian Sains Matematik telah menubuhkan Bank Data UKM sebagai tempat untuk menyimpan sebarang data bagi kegunaan warga UKM. Buat masa ini, Bank Data UKM ini menyimpan data-data dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Bank Data UKM ditubuhkan hasil daripada memorandum persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Memorandum persefahaman ini dibuat pada 8 April 2014 yang meliputi bidang kerjasama dalam penyelidikan dan perkongsian ilmu statistik. Pihak berkuasa yang ditetapkan bertanggungjawab bagi melaksanakan memorandum persefahaman ini bagi pihak Kerajaan Malaysia ialah Jabatan Perangkaan Malaysia dan bagi pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Maklumat lanjut berkenaan Bank Data UKM ini boleh didapati melalui laman sesawang berikut:

http://www.ukm.my/bankdataukm/