Cabaran Data 3.0 kini kembali!

Cabaran Data kini datang kembali! Program ini dianjurkan oleh Kelab Statistik UKM dan telah berlangsung pada tahun 2022 dan 2023 yang lepas.

Untuk Cabaran Data 3.0 ini, tema pertandingan adalah: “Data: Kunci Pengetahun Merangka Pelan Optimum”

Berikut adalah beberapa maklumat penting bagi pertandingan ini:

  • Pendaftaran bermula minggu hadapan (21 Februari 2024) secara percuma. Yuran RM20 dikenakan untuk kumpulan yang mendaftar selepas 22 Mac 2024.
  • Terbuka kepada semua pelajar prasiswazah universiti awam dan universiti swasta di seluruh Asia Tenggara.
  • Pertandingan dijalankan secara berkumpulan dengan tiga hingga lima orang ahli satu kumpulan. Setiap kumpulan mesti melantik seorang pensyarah sebagai mentor kumpulan.
  • Peserta akan diberi merit i-star dan e-sijil.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://statistikukm.weebly.com/