Kem Matematik anjuran PRISMA

Elemen matematik di Taman Paku Pakis

TIDAK seperti kem pemantapan lain, para peserta program Kem Kembara Ilmu: Pencarian Khazanah Ilmu Sains dan Matematik itu dibawa meneroka alam semula jadi di Taman Paku Pakis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Walaupun dibawa melihat alam semula jadi, namun aktiviti itu bukanlah bertujuan untuk mengenali flora mahupun fauna. Sebaliknya, mereka diberikan penerangan dan pendedahan mengenai elemen matematik yang terdapat dalam kewujudan alam ini.

Jika sebelum ini mata pelajaran Matematik diajar di dalam bilik darjah, kini persepsi pelajar-pelajar diubah apabila didedahkan melalui penerokaan alam semula jadi.

“Sebelum datang ke sini, saya membayangkan kem pemantapan ini sama seperti kem-kem lain yang mengajar cara-cara menjawab soalan peperiksaan. Ternyata, ia salah sama sekali.

“Kami telah dibawa ke Taman Paku Pakis untuk melihat pokok-pokok sambil diterangkan tentang elemen matematik iaitu konsep fraktal atau pengulangan di setiap daun-daun pokok, dahan dan ranting.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm#.VT3IpII8DvQ.facebook#ixzz3vgs7TCkC
Hakcipta terpelihara