Pengajian di universiti dan kepentingan ilmu statistik

PELAJAR di peringkat Diploma, STPM dan Matrikulasi yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat universiti pasti teruja untuk melangkahkan kaki ke Universiti. Permohonan dalam talian bagi kemasukan tahun 2016 boleh dibuat pada Januari –April 2016.

Universiti-universiti di Malaysia menawarkan banyak bidang pengajian yang menarik yang boleh dipilih oleh para pelajar. Umum yang popular dan diketahui ialah bidang kejuruteraan, perubatan, farmasi, pendidikan ataupun undang-undang.

Namun, selain daripada bidang tersebut terdapat banyak lagi bidang profesional yang menarik yang perlu pelajar ketahui sebelum membuat keputusan memilih sesuatu bidang di universiti. Sebagai contoh, bidang Sains Matematik, Sains Aktuari, Sains Statistik, Geologi, Sains Bahan, Bioteknologi, Oleokimia dan banyak lagi.

Artikel Penuh: http://www.sinarharian.com.my/mobile/kampus/pengajian-di-universiti-dan-kepentingan-ilmu-statistik-1.478189