Program Nasional Kebolehpasaran Graduan Tahun 2020

PROGRAM NASIONAL KEBOLEHPASARAN GRADUAN TAHUN 2020

UKM sedang mencari 30 orang pelajar yang berminat untuk menyertai program-program Kebolehpasaran Graduan yang akan dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM):

i. Oracle Database Structured Query Language (SQL) CertIfied Associate (10 orang)
ii. Modern Data Analytics Bootcamp (10 orang)
iii. Huawei Certified Network Associate: Big Data Engineer Certification Training (HCNA – Big Data) (10 orang)

Ketiga-tiga program ini akan dilaksanakan selama lima hari pada pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Justeru itu, UKM menjemput pelajar yang memenuhi kriteria dibawah untuk memohon :
a) CGPA 3.3 ke bawah
b) Pelajar sudah tamat belajar tetapi belum berkonvo

Kepada yang berminat sila isi google form di link yang disediakan – http://bit.ly/GE-UTM2
Tarikh tutup penyertaan adalah 24 September 2020 (Khamis)