Webinar Kajian Data Analitik

Dimaklumkan Program Statistik, Jabatan Sains Matematik, FST dengan kerjasama Institut Statistik Malaysia (ISM) akan menganjurkan “Webinar Kajian Data Analitik” pada 16 Oktober 2020 (Jumaat), jam 10.00 pagi melalui aplikasi MS Teams.

Program ini adalah satu program bersempena dengan sambutan Hari Statistik Negara (MyStats Day) 2020 yang akan disambut bersekali dengan Hari Statistik Sedunia (World Statistics Day) pada 20 Oktober 2020 yang bertemakan “Connecting the World with Data We Can Trust”.

Maklumat lanjut dan pendaftaran adalah https://tinyurl.com/webinardataanalitik.