- This event has passed.
Siri Wacana KITA Bil. 3/2025: Transformasi Pengurusan Zakat Berasaskan Teknologi & Digital di Negeri Kedah dalam Membangunkan Asnaf & Komuniti

TRANSFORMASI PENGURUSAN ZAKAT BERASASKAN TEKNOLOGI & DIGITAL DI NEGERI KEDAH DALAM MEMBANGUNKAN ASNAF & KOMUNITI
Oleh:
DR. MOHD FAISAL BIN MUSTAFFA
Sarjana Tamu KITA / Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Lembaga Zakat Negeri Kedah
8 Julai 2025 (Selasa)
10.30 pagi – 12.00 tengah hari
Bilik Mesyuarat KITA, Aras 4, Blok Pentadbiran, Kolej Keris Mas, UKM Bangi
Abstrak
Pendigitalan zakat bukan sekadar transformasi teknokratik, tetapi suatu fenomena sosial-budaya yang sedang membentuk semula hubungan antara institusi, komuniti dan negara. Ceramah ini menggarap pendekatan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam memperkasa zakat melalui teknologi digital, khususnya menerusi platform Zakat OnTouch – sebagai satu bentuk digital social contract yang mewujudkan kepercayaan, kebersamaan dan kebertanggungjawaban antara umat dan institusi. Inovasi ini menandakan peralihan struktur dari model agihan linear kepada rangkaian sosial digital yang bersifat interaktif, telus dan responsif. Melalui live dashboards, real-time distribution maps, dan naratif impak di media sosial, zakat bukan lagi entiti “terputus dari masyarakat”, tetapi kini mengalir dalam ruang siber sebagai instrumen legitimasi moral dan sosial Islam kontemporari. Pendigitalan LZNK mencipta semula makna budaya terhadap konsep pemberian, kebajikan, dan solidariti kelompok, dengan bahasa teknologi dan data sebagai medium baharu untuk menyampaikan nilai-nilai kemanusiaan Islam. Di sini, Zakat OnTouch bukan sekadar aplikasi, tetapi artefak budaya moden yang membawa identiti kolektif dan jati diri digital umat Islam Kedah. Ceramah ini juga menyentuh bagaimana pendekatan ini memberi impak terhadap pemerkasaan komuniti rentan — bukan sekadar sebagai penerima, tetapi sebagai subjek aktif dalam ekonomi mikro, pendidikan, dan pembangunan diri. Di tengah arus geopolitik digital Asia Tenggara, pendekatan ini menawarkan naratif alternatif kepada hegemoni luar: bahawa institusi Islam mampu bersaing, membina kuasa lunak sendiri, dan memperkukuh kedaulatan sosial digital melalui inovasi berakar pada nilai dan budaya tempatan.
Profil Penceramah
Dr. Mohd Faisal Bin Mustaffa, BCK, ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Lembaga Zakat Negeri Kedah, dan Sarjana Tamu di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. Beliau merupakan mantan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan juga Ahli Lembaga Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) . Berkelulusan PhD Pengurusan Media (UUM), beliau turut mengikuti program Oxford Strategic Leadership di Universiti Oxford dan Graduan program Aspiring Director Immersion Programme (ADIP) anjuran Institute of Corporate Director (ADIP) dan Bursa Malaysia. Terlibat dalam pembangunan dasar sosial Islam dan transformasi pengurusan zakat berteraskan data.
Atur Cara
Tarikh: 8 Julai 2025 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat KITA, Aras 4, Blok Pentadbiran, Kolej Keris Mas, UKM Bangi
Platform: Zoom (pautan di bawah)
10.30 pagi: Pengenalan & Aluan oleh Moderator
10.35 pagi: Transformasi Pengurusan Zakat Berasaskan Teknologi & Digital di Negeri Kedah dalam Membangunkan Asnaf & Komuniti – Dr. Mohd Faisal bin Mustaffa
11.35 pagi: Sesi Soal-Jawab
12.00 tengah hari: Tamat
Penafian: Pandangan-pandangan yang terkandung dalam pembentangan berkenaan adalah pandangan setiap penceramah yang terlibat dan tidak mewakili pandangan KITA.