Selamat Datang Pelajar Baharu Sem. 1 Sesi 2022/2023!

Sekalung ucapan tahniah dan selamat datang ke Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang sepenuhnya berfokuskan terhadap kajian etnik dan etnisiti.

Dalam pada saudara/i mengorak langkah memulakan pengajian pada Semester 1 Sesi Akademik 2022/2023, sila rujuk Kalendar Akademik bagi semester/sesi berkenaan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Akademik Bil. 28/2022 bertarikh 8 September 2022, untuk membantu saudara/i membuat perancangan pengajian masing-masing.

Pengumuman dan maklumat baharu yang berkaitan dengan pelajar KITA akan diedar melalui pelbagai saluran:

• E-mel rasmi siswa UKM • Papan Kenyataan Pelajar Siswazah KITA di laman web KITAPage Facebook rasmi KITA (gunakan tanda pagar #siswazahKITA dalam carian) • Channel Telegram Siswazah KITA

Loader Loading…
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [463.48 KB]