INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kolokium Siswazah KITA: Draf Akhir Arvin Tajari (P81923)

February 16, 2022 @ 10:00 am - 12:00 pm

Nama: Arvin Tajari (P81923)
Program: Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)
Penyelia: Prof. Madya Dr. Nazri Muslim, Dr Nur Atiqah Tang Abdullah & Dr Ahmad Rizal bin Mohd Yusof
Tahap pembentangan: Deraf akhir

Tajuk: Analisis Budaya dan Partisipasi Politik Golongan Belia Di Malaysia Pasca Reformasi 1999-2018

Abstrak: Kajian ini menganalisis pola budaya dan partisipasi politik golongan belia di Malaysia selepas gelombang Reformasi pada hujung tahun 1990-an dari aspek kepercayaan politik (political trust), sikap politik (political attitude), tindakan politik termasuk online dan juga aktivisme sosial. Kajian ini menggunakan Teori Pilihan Rasional, Teori Pembangunan dan Modenisasi sebagai kerangka teoretikal utama bagi menjelaskan fenomena berkaitan dengan kajian ini. Budaya dan partisipasi politik di Malaysia menampakkan perubahan yang jelas dengan penglibatan rakyat dalam perbincangan dan perdebatan politik terutama golongan belia. Budaya dan partisipasi politik golongan belia dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa yang berlaku di dalam negara. Golongan belia merupakan segmen dalam masyarakat yang terdedah dengan perbincangan dan perdebatan terbuka berkaitan dengan isu-isu politik semasa. Belia juga terdedah dengan informasi yang semakin mudah unuk diperolehi terutama dengan adanya internet dan ditambah dengan wujudnya media sosial seperti facebook dan twitter yang menjadikan ruang untuk mendapatkan informasi lebih senang dan mudah. Kesan daripada itu dan ditambah dengan perkembangan ekonomi dan juga modenisasi yang sudah pun melanda Malaysia, maka budaya dan partisipasi golongan belia juga turut terkesan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian campuran ataupun Mixed Method Research (MMR) yang menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif. Bagi data kuantitatif, data diperolehi daripada World Values Survey (WVS), The Asian Barometer Survey (ABS). Bagi metod dan data kualitatif pula, kajian ini menggunakan kaedah temu bual elit, pemerhatian dan juga menggunakan data sekunder yang ada. Hasil kajian ini mendapati bahawa wujudnya budaya politik baru dan partisipasi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan belia. Budaya politik baru ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti modenisasi, pembangunan yang mapan, media sosial, golongan pertengahan dan berpendidikan, serta batas etnik yang menipis. Tetapi dalam masa yang sama, isu berkaitan etnik dan agama masih dianggap mempunyai pengaruh dalam politik Malaysia.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [67.39 KB]

Details

Date:
February 16, 2022
Time:
10:00 am - 12:00 pm
Event Category:
Event Tags:
,

Venue

Microsoft Teams
View Venue Website

Organiser

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone
+60389214641
View Organiser Website