Loading Events

« All Events

KITA Discourse Series No. 3/2026: Borneo (Sabah): Dimensi Sejarah, Budaya & Bangsa

27 August @ 9:00 am - 1:00 pm

BORNEO (SABAH): DIMENSI SEJARAH, BUDAYA & BANGSA

27 August 2026 (Thursday)
9:00 a.m. – 2:00 p.m.
KITA Meeting Room,
Level 4, Administration Building,
Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor

Tentative Programme:

  • Date: 27 August 2026 (Thursday)
  • Time: 9:00 a.m. – 2:00 p.m.
  • Venue: KITA Meeting Room, Level 4, Administration Building, Kolej Keris Mas, UKM Bangi
  • Platform: Zoom

8:45 a.m.: Registration

9:00 a.m.: Introduction & Welcoming Remarks by Distinguished Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, KITA Founding Director

9:10 a.m.: Session 1

  • Presentation by Datuk Dr. Hj. Saat Awang Damit, Lecturer, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Title: Gambus: Instrumen Perpaduan Kumpulan Etnik Brunei Sabah
  • Moderator: Assoc. Prof. Dr. Zaini Othman, KITA Deputy Director
  • Q & A

10:00 a.m.: Tea Break

10:10 a.m.: Session 2

  • Presentation by Assoc. Prof. Dr. Md. Saffie Abdul Rahman, Lecturer, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Title: Daripada Memori Perang kepada Integrasi Sosial: Komuniti Jepun dan Masyarakat Tempatan di Sabah, 1956-1980-an
  • Moderator: Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham, KITA Research Fellow
  • Q & A

11:00 a.m.: Session 3

  • Presentation by Dr. Eko Prayitno Joko, Lecturer, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Title: Membayangkan Sebuah Bangsa: Pengalaman Sabah
  • Moderator: Dr. Mohd. Shaiful Ramze Endut, KITA Research Fellow
  • Q & A

11:50 a.m.: Discussion

12:50 p.m.: Summary of KITA Discourse Series No. 3/2026: Borneo (Sabah) – Dimensi Sejarah, Budaya & Bangsa by Assoc. Prof. Dr. Zaini Othman, KITA Deputy Director

01:00 p.m.: Lunch

02:00 p.m.: End

Join via Zoom

Session 1:

Gambus: Instrumen Perpaduan Kumpulan Etnik Brunei Sabah

Abstract: Suku kaum Brunei (etnik Brunei) Sabah adalah penduduk asal Negeri Sabah yang menduduki beberapa daerah di negeri ini sejak awal kurun ke-16 lagi, walaupun generasi awal nenek moyang mereka berketurunan atau berasal dari Negera Brunei. Keberadaan kaum ini di Sabah lebih ketara ketika pemerintahan Sultan Abdul Mumin terhadap wilayah ini. Sebahagian besar mereka datang bersama rombongan Sultan Abdul Mumin dan mula memajukan berapa kawasan yang strategik di negeri ini. Suku kaum ini juga dikenali sebagai kaum  yang berbudaya kontak tinggi yang mengekalkan cara kehidupan budaya melayu dari segi hidup sopan santun, menjaga adat resam yang diwarisi dari keturunan keluarga, adat pantang larang, tradisi perkahwinan, sastera masyarakat dan juga  bidang kesenian yang dilihat sebagai kluster  bangsawan. Sejak kewujudan suku kaum ini, dikatakan selari dengan kemunculan kesenian irama gambus sebagai identiti hiburan mereka. Oleh sebab itulah  suku kaum  brunei bersinonim dengan kesenian warisan gambus dan iramanya. Kaum atau etnik brunei menjadi pengamal bidang kesenian ini yang meletakkan sebahagian kelompok mereka sebagai, masyarakat yang berbudaya tinggi khususnya sekitar tahun awal 1940-an sehingga akhir 1960-an. Makalah ini meninjau beberapa faktor kesenian gambus sebagai instrument perpaduan kaum Brunei yang dikatakan membentuk budaya tinggi masyarakat dan juga identifikasi perkembangan reka bentuk gambus Brunei sehingga era tahun 2000. Tinjauan ini mengunakan kaedah secara temubual mendalam dengan sembilan (9) responden yang terdiri daripada pengamal kesenian gambus, pembuat gambus dan juga pewaris keluarga kesenian gambus. Lokasi kajian di daerah Bongawan, Membakut dan Weston, di Sabah. Dapatan tinjauan makalah ini  antaranya adalah gambus berperanan dalam pembentukan budaya tinggi, jatidiri dan menanamkan peradaban bersopan-santun seperti ciri-ciri  moral, berakhlak dan nilai terpuji disamping itu gambus  juga menjadi medium penghibur-lara yang diselitkan dengan mesej bersifat pengajaran, adat tradisi dan kehidupan masyarakat dalam bentuk perlambangan dan sindiran melalui irama lagu dan  lirik. Dari aspek reka bentuk gambus Brunei, ketulenan reka bentuk dan irama masih dipertahankan yang menjadi identiti kesenian kaum Brunei Sabah.

Presenter’s Profile: Datuk Dr. Hj. Saat Awang Damit berkhidmat sebagai penjawat selama 42 tahun melalui dua organisasi iaitu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) 1979 -2000 dan jawatan terakhir di RTM adalah sebagai Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Sembilan, Seremban (1994-2000) sebelum bertukar kerjaya dalam bidang akademik sebagai Pensyarah Kanan (Komunikasi) di Universiti Malaysia Sabah, UMS (2000-2021). Pengalaman sepanjang perkhidmatan dalam skim Pengurusan dan Profesional beliau telah dilantik sebagai ketua di beberapa bahagian, jabatan dan program di UMS antaranya Ketua Program Komunikasi selama 6 tahun, Penyelaras Pengajian Luar Kampus UMS selama 4 tahun, Ketua Jawatankuasa Integrasi FSSK, Pengerusi/Ketua Unit Radio UMS selama 3 tahun dan dilantik juga sebagai Jawatankuasa Penyelidikan Utama Majlis Profesor Negera (MPN) bagi Chapter Sabah selama 6 tahun. Beliau juga bergiat dalam NGO yang berkaitan dengan pembangunan Sosio-ekonomi, Budaya dan kemasyarakatan di Sabah termasuk penglibatan menjalankan penyelidikan. Beliau kini menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi, Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Bhd. KOPEKS, (2011-2019) (2022 hingga sekarang). Saya juga dipilih sebagai Jurucakap Kebangsaan ANGKASA wakil Sabah sejak 2022.

Session 2:

Daripada Memori Perang kepada Integrasi Sosial: Komuniti Jepun dan Masyarakat Tempatan di Sabah, 1956–1980-an

Abstract: Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua meninggalkan pengalaman dan memori pendudukan yang mempengaruhi hubungan antara masyarakat tempatan dengan orang Jepun di Sabah pada tahun-tahun awal pascaperang. Sekatan terhadap kemasukan orang Jepun serta sentimen anti-Jepun yang masih dapat dikesan pada pertengahan 1950-an memperlihatkan bahawa pemulihan hubungan kedua-dua pihak bukanlah suatu proses yang berlaku secara serta-merta. Namun demikian, pembukaan semula Sabah kepada kedatangan orang Jepun pada tahun 1956 menandakan permulaan suatu fasa baharu dalam hubungan Jepun–Sabah. Artikel ini bertujuan menganalisis perubahan hubungan antara komuniti Jepun dengan masyarakat tempatan daripada hubungan yang dipengaruhi oleh memori perang kepada penerimaan dan integrasi sosial antara tahun 1956 hingga 1980-an. Secara khusus, kajian meneliti kesan memori Perang Dunia Kedua terhadap penerimaan awal masyarakat Sabah terhadap orang Jepun, peranan interaksi politik, ekonomi dan sosial dalam membentuk semula hubungan kedua-dua pihak, serta sifat integrasi sosial komuniti Jepun dalam masyarakat Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah dengan berasaskan sumber primer yang terdiri daripada akhbar sezaman, dokumen arkib dan sumber lisan. Analisis menunjukkan bahawa hubungan Jepun dan Sabah mengalami perubahan secara berperingkat. Sentimen dan prasangka yang berakar daripada pengalaman perang semakin berkurangan apabila hubungan diplomatik dan ekonomi berkembang, diikuti peningkatan interaksi melalui perdagangan, pekerjaan, sukan, pelancongan, persatuan sosial, pendidikan, latihan dan kegiatan memperingati mangsa perang. Walau bagaimanapun, peningkatan interaksi tersebut tidak membawa kepada asimilasi sepenuhnya. Komuniti Jepun masih mengekalkan bahasa, pendidikan, pola kehidupan dan identiti sosiobudaya mereka sendiri. Artikel ini berhujah bahawa pengalaman pascaperang di Sabah memperlihatkan suatu bentuk integrasi tanpa asimilasi, apabila penerimaan dan hubungan rentas etnik berkembang tanpa menghapuskan sempadan identiti komuniti Jepun. Perkembangan tersebut menunjukkan bahawa rekonsiliasi pascaperang di Sabah terbentuk secara beransur-ansur melalui pertemuan antara kepentingan politik dan ekonomi dengan interaksi sosial dalam kehidupan masyarakat.

Presenter’s Profile: Dr. Md Saffie Abdul Rahim merupakan Profesor Madya dalam Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bidang kepakaran beliau merangkumi sejarah hubungan sosioekonomi dan politik Borneo dan Jepun sehingga pasca Perang Dunia Kedua. Beliau aktif dalam penyelidikan berkaitan sejarah Borneo Utara/Sabah, migrasi masyarakat Jepun di Borneo Utara, sejarah Perang Dunia Kedua serta transformasi sosial, politik dan ekonomi masyarakat tempatan. Kajian beliau turut memberi tumpuan kepada penggunaan sumber arkib dan pendekatan sejarah dalam memahami perubahan masyarakat serta hubungan serantau. Sebagai ahli akademik, beliau terlibat dalam aktiviti pengajaran, penyeliaan penyelidikan dan pembangunan ilmu sejarah melalui penerbitan akademik, seminar serta penyelidikan yang menyumbang kepada pengembangan bidang sejarah di Malaysia. Penulisan terkini beliau memberi perhatian kepada dimensi sejarah dan geopolitik Borneo Utara/Sabah, khususnya melalui kajian mengenai Operasi OBOE 6 dan penstrukturan semula geopolitik Sabah pasca Perang Dunia Kedua (1945–1946) yang meneliti perubahan kedudukan strategik Sabah selepas konflik global tersebut. Selain itu, beliau turut menghasilkan kajian berkaitan imigran Jepun di Borneo Utara sehingga pasca Sabah merdeka dengan menumpukan kepada jaringan sosial, hubungan antara etnik dan interaksi ekonomi masyarakat kolonial. Penyelidikan ini memperlihatkan bagaimana komuniti Jepun membina hubungan ekonomi dan sosial dengan masyarakat tempatan dalam konteks sejarah kolonial sehingga pasca Perang Dunia Kedua.

Session 3:

Membayangkan Sebuah Bangsa: Pengalaman Sabah

Abstract: Pembinaan negara bangsa di Malaysia sering dibincangkan dalam kerangka nasional yang menekankan integrasi, perpaduan dan identiti kebangsaan. Walau bagaimanapun, pengalaman setiap wilayah dalam membayangkan makna sebuah bangsa adalah berbeza khususnya di Sabah yang mempunyai latar sejarah, kepelbagaian etnik dan pengalaman politik yang tersendiri. Kajian ini bertujuan menganalisis bagaimana masyarakat Sabah membayangkan sebuah bangsa melalui pengalaman sejarah, pembentukan identiti, hubungan Persekutuan-Negeri serta perkembangan politik sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Berasaskan teori Imagined Communities oleh Benedict Anderson dan diperkukuh dengan konsep Bangsa Idaman oleh Shamsul Amri, penulisan ini berhujah bahawa bangsa bukan sekadar entiti politik yang dibentuk oleh sempadan negara atau institusi kerajaan, sebaliknya merupakan suatu gagasan sosial yang sentiasa dibina, dirunding dan ditafsir semula mengikut perubahan sejarah dan aspirasi masyarakat. Dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis sejarah terhadap sumber primer seperti dokumen rasmi kerajaan, laporan kolonial, surat khabar, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta sumber sekunder yang merangkumi buku, artikel ilmiah dan kajian terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bayangan bangsa di Sabah terbentuk melalui interaksi antara kepelbagaian etnik, pengalaman kolonial, proses pembentukan Malaysia, tuntutan terhadap MA63 serta perkembangan politik kontemporari yang mengukuhkan identiti Sabahan tanpa menafikan identiti kebangsaan Malaysia. Dalam konteks ini, pengalaman Sabah memperlihatkan bahawa pembinaan bangsa tidak bersifat homogen atau berpusat semata-mata, tetapi berkembang melalui proses rundingan yang mengiktiraf kepelbagaian identiti, sejarah dan autonomi wilayah. Kajian ini seterusnya mencadangkan bahawa pengalaman Sabah menawarkan suatu perspektif alternatif dalam memahami pembinaan negara bangsa Malaysia iaitu sebuah bangsa yang diasaskan kepada pengiktirafan terhadap kepelbagaian, kesaksamaan hubungan Persekutuan-Negeri serta komitmen bersama terhadap nilai kewarganegaraan dan Perlembagaan. Oleh itu, pengalaman Sabah bukan sahaja memperkayakan wacana mengenai pembinaan negara bangsa, malah membuka ruang kepada pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang lebih inklusif, pluralistik dan berteraskan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Presenter’s Profile: Dr. Eko Prayitno Joko merupakan Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau giat menjalankan penyelidikan berkenaan sejarah Sabah khususnya yang bersifat ‘sejarah dari bawah’. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan beberapa buku penuh antaranya bertajuk Prof. Emeritus Dr. Sabihah: Sejarawan Wanita Malaysia (2013), Kimanis: Negeri Tua Tanah Keramat (2015), Pengislaman Dalam Kalangan Dusun Ranau (1940-1976) (2016), Gerakan Berpersatuan Bumiputera Islam di Sabah (1938-1963) (2017), Historiografi Politik Sabah (2019), Politik Bugis di Sabah (2020), Tiga Dekad Menjulang Ilmu: Sains Sosial Melalui Lensa Waktu (2024), Bangsamoro: Sejarah, Aspirasi dan Perjuangan (2024) serta Sabah’s Illustrious Civil Servants (2025). Selain itu, beliau juga aktif terlibat dalam penerbitan buku suntingan bersama saintis sosial dan kemanusiaan lainnya seperti Deskripsi Mengenai Sabah Daripada Pelbagai Perspektif: Esei-Esei Sumbangsih Untuk Sabihah Osman (2018), Sabah Dalam Hubungan Malaysia – Indonesia (2019), Isu-Isu Perburuhan dan Tenaga Kerja Indonesia di Sabah, Malaysia (2019), Sedekad Seni Merakyat (2021), Pada masa sama, beliau sebenarnya telah menerbitkan beberapa artikel di peringkat nasional serta giat membentangkan penulisannya berkenaan Sabah di peringkat antarabangsa dan nasional. Minat beliau ini menyebabkannya aktif dalam penyelidikan berkaitan Sabah khususnya dalam menampilkan persoalan-persoalan baharu berkenaan sejarah dan masyarakat negeri tersebut. Dari aspek kepakaran beliau adalah mengkhusus kepada bidang sejarah lisan sebagai suatu metodologi dalam disiplin sejarah.

Disclaimer: The views expressed in the presentation(s) are those of the presenter(s) and do not necessarily represent the views of the Organizers.

Note: KITA’s involvement in the activities mentioned herein contributes towards the following SDG(s) of the UN Sustainable Development Goals: SDG4, and SDG17.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [367.38 KB]

Details

Venue

  • KITA Meeting Room
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    Bangi, Selangor 43600 Malaysia
  • Phone +603-89214641

Organiser