KITA ditubuhkan pada 8 Oktober 2007 sebagai satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang memfokus sepenuhnya kepada kajian berkenaan etnik dan etnisiti. Mulai Semester 2 Sesi Akademik 2009/2010, KITA menawarkan dua program pengajian siswazah secara mod penyelidikan iaitu Sarjana Pengajian Etnik dan Doktor Falsafah (Pengajian Etnik). Setakat 14 Januari 2025, KITA telah menghasilkan seramai 52 orang graduan daripada gabungan kedua-dua program tersebut.