- This event has passed.
Gotong-Royong Perdana KITA Fasa 1

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kajian Etnik (KITA), UKM akan mengadakan program berikut:
Program: Gotong-Royong Perdana (Fasa 1)
Tarikh: 24 Ogos 2026 (Isnin)
Masa: 9 pagi – 4 petang
Tempat: KITA
Program ini adalah selaras dengan usaha pengukuhan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UKM dan juga usaha menghias ruang pejabat sempena dengan bulan kemerdekaan tahun 2026.
Bagi tujuan berkenaan, semua kakitangan pentadbiran akan terlibat dalam kerja-kerja mengemas dan menghias ruang-ruang pejabat termasuk semua bilik mesyuarat/kuliah, stor, pejabat pentadbiran, bilik fail dan pantri.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG3.