Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Siri Wacana KITA Bil. 2/2021: The Missing Indian Voice in Development Planning

6 October @ 10:30 am - 12:30 pm

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Institut Kajian Etnik (KITA-UKM) akan menganjurkan Siri Wacana KITA Bil.2/2021 “The Missing Indian Voice in Development Planning” oleh Profesor Kehormat KITA, Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria. Datuk K. Yogeesvaran, Bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan bekas Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) selaku tetamu jemputan akan turut serta dalam perbincangan ini. Webinar ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tajuk : The Missing Indian Voice in Development Planning
Tarikh: 6 Oktober 2021 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Platform : Aplikasi Zoom & Facebook Live KITA

*Link Zoom akan diberikan setelah selesai proses pendaftaran kehadiran*
Link Pendaftaran: https://www.research.net/r/MISSINGINDIANVOICE
Facebook KITA: https://www.facebook.com/InstitutKajianEtnikUKM/

Sehubungan itu, pihak KITA-UKM ingin mengundang YBhg. Prof. Tan Sri/Prof Dato’/Prof/Tuan/Puan ke wacana ini. Semoga dengan penyertaan YBhg. Prof. Tan Sri/Prof Dato’/Prof/Tuan/Puan webinar ini akan berlangsung dengan jayanya.

Penyertaan akan direkodkan di dalam Sistem UrusBakat (bagi Kakitangan UKM) dan e-sijil akan disediakan kepada para peserta.

Sekian, perhatian dan kerjasama amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Details

Date:
6 October
Time:
10:30 am - 12:30 pm
Event Category:

Venue

Online (Zoom)

Organizer

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone:
+60389214641
Website:
www.ukm.my/kita