INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Siri Wacana KITA Bil. 5/2023: Aspiring Outside the City: Socialisation, (Academic) Migration and Middle-Class Projects in Postcolonial Malaysia

July 26, 2023 @ 8:00 am - 5:00 pm

ASPIRING OUTSIDE THE CITY: SOCIALISATION, (ACADEMIC) MIGRATION AND MIDDLE-CLASS PROJECTS IN POSTCOLONIAL MALAYSIA
Oleh
Dr. Aizuddin Mohamed Anuar
School of Social, Political and Global Studies,
Keele University, United Kingdom

ABSTRAK

Malaysia adalah salah satu negara dengan kadar urbanisasi paling pesat di Asia Tenggara, dengan urbanisasi menjadi kayu ukur tahap pembangunan negara. Menerusi jendela aspirasi anak muda Melayu, pembentangan ini merupakan sebahagian daripada projek berterusan untuk mengesan secara etnografi apa ertinya untuk mereka β€œbertemu” dengan dasar pendidikan di kawasan β€œluar bandar”, berdasarkan takrifan negara pascakolonial dan pembangunan yakni Malaysia. Dalam hal ini, saya menumpukan perhatian kepada keinginan yang berkaitan dengan ikatan sosial berasaskan tempat, pembentukan budaya dan subjektif serta tekanan migrasi (akademik) dalam kalangan anak muda. Untuk memahami aspirasi mereka daripada satu lokasi di luar bandar, saya merujuk kepada bidang antropologi pendidikan dan pembangunan serta pengajian pascakolonial. Saya cadangkan di sini bahawa aspirasi yang sedemikian memanifestasikan kritikan material terhadap penyisihan dan ketidaksamaan. Seterusnya, penemuan kajian ini menunjukkan sosialisasi yang kompleks seputar apa yang ditermakan Johan Fischer (2017) sebagai ‘projek kelas pertengahan’, iaitu projek yang menjalar dari kawasan bandar di Malaysia, seterusnya dirasai di satu lokasi di pinggir kemodenan yang semakin kabur.

PRESENTER’S PROFILE

Aizuddin Mohamed Anuar ialah pensyarah pendidikan di School of Social, Political and Global Studies, Keele University, UK. Beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di University of Oxford, sebagai felo pengajar kedoktoran dan Sarjana Clarendon. Kajian Dr. Aizuddin dalam bidang pendidikan perbandingan dan antarabangsa berkait hubungan pendidikan dan pembangunan, pendidikan luar bandar, polisi, pengajian pasca kolonial and politik pembentukan ilmu.

ATUR CARA TENTATIF

Date: 2 Ogos 2023 (Rabu)
Time: 10 pagi – 12 tengah hari (GMT +8)
Venue: Bilik Mesyuarat KITA
Platform: Zoom & page Facebook KITA (pautan di bawah)

10.00 pagi: Pengenalan oleh Moderator
10.10 pagi: Seminar oleh Dr. Aizuddin Mohamed Anuar
11.10 pagi: Sesi Q & A
12.00 tengah hari: Penutup

Join via Zoom

Join via Facebook

 

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [192.88 KB]

Details

Date:
July 26, 2023
Time:
8:00 am - 5:00 pm