Persediaan Permohonan: Panduan JEPKITA
Video Panduan: Edisi Bahasa Melayu
Versi: 11 September 2025
Persediaan Penghantaran oleh Pelajar KITA
Langkah 1: Baca & fahami Garis Panduan JEPUKM (UKM-JEP-GP02)
- Layari laman web JEPUKM dan muat turun garis panduan.
- Nama dokumen: UKM-JEP-GP02 Garis Panduan Mengisi Borang Permohonan
- Baca dan fahami garis panduan berkenaan: pada dasarnya, permohonan yang dihantar oleh pelajar KITA memerlukan Penyelia Utama dinamakan sebagai Penyelidik Utama / Ketua Projek / Penyelia Projek dalam keseluruhan kertas kerja permohonan tersebut.
Langkah 2: Muat turun borang
- Pada laman web JEPUKM yang sama, klik pada “Borang JEPUKM” di bawah tab “Dokumen” dan muat turun borang-borang permohonan berikut:
- UKM-JEP-SS01 Senarai Semak Dokumen (Document Submission Checklist)
- UKM-JEP-BO01 Borang Permohonan Etika Penyelidikan (Application Form)
- UKM-JEP-BO02 Borang Saringan (Review Form)
- UKM-JEP-BO03 Borang Kerahsiaan Pelajar (Student Non-Disclosure Form)
- UKM-JEP-BO08 Borang Konflik Kepentingan (Conflict of Interest Disclosure Form)
- Sebagai alternatif, borang-borang tersebut juga boleh dimuat turun dari laman web JEPKITA: https://www.ukm.my/kita/jepukm-application-forms/
Langkah 3: Muat turun templat
- Pada laman web JEPUKM yang sama, klik pada “Templat” di bawah tab “Dokumen” dan muat turun templat-templat berikut:
- Helaian Maklumat Peserta (Participant Information Sheet) – Malay/Englisha
- Borang Keizinan Peserta (Participant Informed Consent Form) – Malay/Englisha, b
- Borang Persetujuan (Assent Form)c
- Format kertas cadangan (Proposal Format)
- CV Pelajar (Student CV)
- Sebagai alternatif, templat-templat tersebut juga boleh dimuat turun dari laman web JEPKITA: https://www.ukm.my/kita/jepukm-application-forms/
a. Pemilihan bahasa templat adalah bergantung kepada bahasa yang digunakan dalam kertas kerja yang dihantar. Bagi penyelidikan yang dijalankan dalam bahasa selain Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris (misalnya Bahasa Cina, Vietnam, dan sebagainya), sediakan juga terjemahan dokumen dalam bahasa tersebut.
b. Templat Borang Keizinan Ibu Bapa / Penjaga diperlukan bagi penyelidikan yang melibatkan kanak-kanak (berumur 18 tahun ke bawah).
c. Hanya terpakai bagi penyelidikan yang melibatkan kanak-kanak (berumur 18 tahun ke bawah).
Langkah 4: Namakan semula dan susun dokumen
- Namakan semula dan susun semua salinan lembut dokumen (fail Word/PDF) yang telah disediakan mengikut UKM-JEP-SS01 Senarai Semak Dokumen (Document Submission Checklist).
- Tandakan setiap dokumen yang telah dilengkapkan dan disusun dengan tanda rait (✔) pada lajur Semakan oleh Penyelidik (Checklist by Researcher) yang mana berkenaan.
- Lengkapkan borang tersebut dengan:
- Tajuk Penyelidikan
- Penyelidik Utama – nama, nombor telefon bimbit, alamat e-mel
- Pelajar – nama, nombor telefon bimbit, alamat e-mel
- Simpan fail senarai semak dalam format MS Word.
Langkah 6: Muat naik dokumen ke Folder Google Drive
- Muat naik semua dokumen ke Folder Google Drive tersebut.
- Pastikan setiap fail dinama dan dinomborkan secara tersusun mengikut UKM-JEP-SS01 Senarai Semak Dokumen (Document Submission Checklist).
- Petua: Gabungkan penomboran sebagai sebahagian daripada nama fail dengan menggunakan tanda sengkang (‘-‘) and garis bawah (‘_’). Berikut adalah beberapa contoh sebenar:
- 1.-UKM-JEP-SS01_Senarai-Semak-Dokumen-4-Jan-2024.docx
- 2.i-UKM-JEP-BO01 Borang Permohonan Etika Penyelidikan.pdf
- 2.ii-UKM-JEP-BO02_Borang-Saringan.docx
- 2.iii-UKM-JEP-BO03_Borang-Kerahsiaan-Pelajar.docx
- 2.iv-UKM-JEP-BO08_Borang-Konflik-Kepentingan-Jawatankuasa-Etika-Penyelidikan-UKM_v2.docx
- 3.-Format-kertas-cadangan_Senarai-semak-perkara-yang-perlu-ada-dalam-kertas-cadangan.docx
Langkah 8: Hantar permohonan melalui Penyelia Utama
- Hantar pautan Folder Google Drive (yang telah disalin dalam Langkah 7) dalam emel kepada Penyelia Utama menggunakan alamat emel rasmi UKM beliau. Ini adalah sejajar dengan prosedur dalam Carta Alir JEPKITA Permohonan oleh Pelajar KITA.
- Penyelia Utama bertanggungjawab menyemak dokumen yang disediakan oleh pelajar sebelum beliau menghantar permohonan tersebut kepada JEPUKM melalui JEPKITA.
- Pelajar bertanggungjawab untuk membuat pembetulan selanjutnya, jika ada.
-TAMAT-
Penyediaan Dokumen
(akan datang)
Dikemas kini: 24 September 2026