INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Kalendar Akademik Program Pengajian Pascasiswazah Semester 2 Sesi Akademik 2020/2021

Salam Pelajar Siswazah KITA yang dikasihi,


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Sem 2 2020-2021 akan bermula pada 22 Mac 2020. Sukacitanya saya ingin memohon semua pelajar mengambil perhatian berikut:

1. Pelajar hendaklah membuat pendaftaran kursus/tesis/disertasi secara dalam talian di laman https://smplucee.ukm.my mulai 22 Mac – 4 April 2021.

2. Pelajar hendaklah menjelaskan yuran pengajian sebelum tarikh pendaftaran. Kemaskini pembayaran adalah dalam tempoh 3 hari bekerja. 

3. Sebarang pertanyaan mengenai yuran dan perubahan akaun pelajar, hendaklah dimajukan kepada Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM (ukpbendahari@ukm.edu.my).

4. Adalah diingatkan pembayaran yuran pengajian tidak bermaksud pendaftaran semester telah dilakukan secara automatik, sebaliknya adalah  tanggung jawab pelajar untuk membuat pendaftaran kursus/tesis/disertasi di https://smplucee.ukm.my dalam tempoh masa yang ditetapkan.

5. Sila semak dan kemaskini maklumat diri di SMPweb dan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang tidak boleh dikemaskini sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik atau hantar email akad@ukm.edu.my.

6. Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk perhatian:

7. Bagi pelajar yang ingin membuat penangguhan pengajian, tarikh akhir menyerahkan borang permohonan ialah pada 5 April 2021


8. Bagi pelajar Sarjana yang telah melebihi 6 Semester (Sepenuh Masa) dan 8 semester (Separuh Masa), Pelajar Doktor Falsafah yang melebihi 12 semester (Sepenuh Masa) dan 14 semester (separuh masa), sila isi borang tambah masa yang disertakan. Tarikh akhir penghantaran ialah pada 22 Mac 2021. Bilangan semester pengajian boleh semak di Sistem Maklumat Pelajar masing-masing.

Sekian, perhatian semua amatlah dihargai bagi melancarkan lagi proses pendaftaran Semester 2 2020/2021.
Salam hormat

Sumber: E-mel Penolong Pendaftar Kanan KITA, 16 Mac 2021