INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Keperluan Penerbitan Program Siswazah KITA

Syarat penerbitan adalah satu syarat bagi pengurniaan ijazah seperti yang termaktub dalam Bahagian II, Perkara 14A(1) Peraturan-peraturan UKM (Pengajian Siswazah) 2021.

Syarat penerbitan mula berkuatkuasa untuk pelajar Sarjana Pengajian Etnik dan Doktor Falsafah (Pengajian Etnik) mulai Semester 1 Sesi 2011/2012. Pelajar yang mendaftar sebelum Semester 1 Sesi 2011/2012 tidak tertakluk kepada syarat penerbitan.

Syarat penerbitan bagi program siswazah KITA berubah dari masa ke semasa sejajar dengan keperluan universiti seperti yang digariskan dalam jadual di bawah.

Penerbitan yang diambil kira adalah dalam tempoh pengajian dan relevan dengan bidang pengajian. Pelajar dimestikan untuk meletakkan alamat KITA-UKM sebagai afiliasi pengarang. Setiap satu salinan penerbitan perlu diserahkan kepada Ketua Penolong Pendaftar KITA melalui Pembantu Tadbir KITA untuk direkod dan difailkan dalam Fail Pelajar.

Kemasukan PelajarSarjana Pengajian EtnikDoktor Falsafah (Pengajian Etnik)
Mulai Semester 1 Sesi 2011/2012Satu (1) artikel dalam jurnal berwasitDua (2) artikel dalam jurnal berwasit
Mulai Semester 1 Sesi 2012/2013Satu (1) artikel dalam jurnal berindeks ISI/ScopusDua (2) artikel dalam jurnal berindeks ISI/Scopus
Mulai Semester 1 Sesi 2014/2015Satu (1) artikel dalam jurnal berindeks ISI/Scopus/ERA atau jurnal tersohor dalam bidangDua (2) artikel dalam jurnal berindeks ISI/Scopus/ERA atau jurnal tersohor dalam bidang
Mulai Semester 1 Sesi 2019/2020Satu (1) artikel dari mana-mana kategori berikut:

β€’ jurnal terindeks ERA/Scopus/WoS;

β€’ jurnal terbitan Penerbit UKM atau fakulti/institut di UKM atau tersenarai dalam MyJurnal (Malaysian Journal Management System) dari MyCite;

β€’ bab dalam buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM
Dua (2) artikel dari jurnal terindeks Scopus/WoS ATAU sekurang-kurangnya satu (1) artikel dalam jurnal terindeks Scopus/WoS DAN satu (1) artikel dari kategori berikut:

β€’ jurnal terbitan Penerbit UKM atau fakulti/institut di UKM atau tersenarai dalam MyJurnal (Malaysian Journal Management System) dari MyCite;

β€’ bab dalam buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM

Catatan:

  • WoS: World of Science
  • ERA: Excellence in Research for Australia
  • MAPIM: Majlis Penerbitan Ilmiah MalaysiaΒ (Malaysia Scholarly Publishing Council)

Dikemas kini: 10 Julai 2023