INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

RERE6012 Wacana Tentang Kajian Etnik

RERE6012 Discourse on Ethnic Studies

Penyelaras Kursus: Prof. Madya Dr. Zaini Othman

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk membawa bersama pelajar dan sarjana daripada pelbagai disiplin yang mempunyai minat penyelidikan dalam kajian etnik untuk membincang isu-isu teoretikal dan metodologikal mengenai isu-isu etnik di Malaysia dan luar negara. Pelajar akan dilatih untuk mengasaskan pemikiran dan penghujahan masing-masing dalam rangka keterampilan yang ada di Institut Kajian Etnik (KITA), iaitu analisis akademik dan advokasi awam. Bentuk wacana yang bakal dikendalikan mengambil bentuk perbincangan meja bulat, dialog, seminar dan perbincangan kumpulan terfokus. Pelajar akan memegang peranan utama dalam wacana ini daripada segi mengurus, memandu, dan menggerakkan perjalanan perbincangan. Pendedahan dan pengalaman berwacana secara langsung akan membantu pelajar membina kemahiran-kemahiran generik seperti berfikir secara kritis, berkomunikasi secara jelas, bertanya soalan secara tepat dan bersesuaian, keberanian memberi pandangan dan menyokong pandangan dengan asas bukti, kesediaan menerima kelainan pandangan, serta kemahiran merakamkan idea dan pemikiran dalam bentuk bertulis yang analitikal, jitu dan berasas, mengikut prinsip penulisan ilmiah.

Β 
Hasil Pembelajaran Kursus

Di akhir kursus, pelajar dalam program Sarjana seharusnya berkebolehan untuk:

  • Membandingkan aplikasi pendekatan kajian etnik yang berbeza; dan
  • Menyumbang interpretasi berilmiah tentang wacana dan laporan akademik kajian etnik yang berlaku di dalam dan luar negara.

Di akhir kursus, pelajar dalam program Doktor Falsafah seharusnya berkebolehan untuk:

  • Menyumbang interpretasi berilmiah tentang wacana dan laporan akademik kajian etnik yang berlaku di dalam dan luar negara; dan
  • Mensintesis hujah penyelidikan terkini yang menggunakan pendekatan kajian etnik.

Β 
Bacaan Asas

    1. Adil Johan. 2022. Transnational mobilities, intercultural rhythms: The journey of a drummer in Malaysian popular music, 1980s and 1990s. JATI – Journal of Southeast Asian Studies 27 (1): 127-151.
    2. Gabriel, S. P. 2021. Racialisation in Malaysia: Multiracialism, multiculturalism, and the cultural politics of the possible. Journal of Southeast Asian Studies 52(4): 611-633.
    3. Kartini Aboo Talib @ Khalid. 2021. Women and politics: The contestation of visibility. Akademika 91(2): 105-116.
    4. Pue, G.H., Ong, P.L. & Loo, H.C. 2019. Kelantan Peranakan Chinese language and marker of group identity. GEMA Online Journal of Language Studies 19(2): 33–51.
    5. Shazlin A. Hamzah. 2021. Branding the nation through Ahmad Nawab’s β€œMalaysia Truly Asia.” In Adil Johan & Santaella, M. A. (pnyt.). Made in Nusantara, Global Studies in Popular Music, hlm. 153–163. Routledge: New York.

 

Sumber: Petikan daripada Proforma RERE6012 bagi sesi akademik 2022/2023.

Dikemas kini: 22 Jun 2023