PERKHIDMATAN JURUGAMBAR STUDIO DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-54 UKM PADA TAHUN 2026

  1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyediakan perkhidmatan jurugambar studio khas bagi Majlis Konvokesyen UKM Ke-54 pada tahun 2026.

  2. Perincian perkhidmatan jurugambar studio yang disediakan adalah seperti berikut :

      1.    
    a. Perkhidmatan Jurugambar Studio Utama
    Lokasi : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
    Tarikh Operasi : 21 November 2026 hingga 30 November 2026

     

      1.    
    b. Perkhidmatan Jurugambar Studio Mini
    Lokasi : Dewan Kuliah Utama, Bangunan Tun Fatimah Hashim
    Tarikh Operasi : 11 November 2026 hingga 4 Disember 2026
     
  3. Para graduan yang berminat untuk membuat tempahan sesi fotografi di kedua-dua atau salah satu studio berkenaan ataupun ingin mendapatkan maklumat terperinci berkaitan perkhidmatan jurugambar studio boleh terus hubungi pihak Syarikat ADH Biduanda Resources di talian 019-7973842 atau dilaman rasmi sesawang pada pautan https://biduandastudio.com/index.phpe-mel

  4. Maklumat pakej jurugambar studio adalah seperti lampiran.