KONVOKESYEN UKM

 UKM CONVOCATION

Tempahan Gambar UKM (atas pentas)

 

  1. Graduan boleh menempah gambar atas pentas Majlis Konvokesyen UKM Ke-51 di Sistem Konvokesyen UKM mulai 6 November 2023 sehingga 5 Disember 2023.

  2. Pakej gambar atas pentas bagi Majlis Konvokesyen UKM Ke-51 adalah seperti berikut:

               2.1   Pakej A: Gambar Sahaja

BUTIRAN PAKEJ KAEDAH PENGHANTARAN HARGA (RM)

      A: Gambar Sahaja

      a. 1 gambar bersaiz 5R.
      b. 1 gambar bersaiz 8R.
      c. 1 gambar bersaiz 11R.

Serahan Tangan 90.00
Pos 110.00

               2.2   Pakej B: Gambar dan Bingkai 11R

BUTIRAN PAKEJ KAEDAH PENGHANTARAN HARGA (RM)

      B: Gambar dan Bingkai 11R

      a. 1 gambar bersaiz 5R.
      b. 1 gambar bersaiz 8R.
      c. 1 gambar bersaiz 11R.
      d. 1 bingkai bersaiz 11R.

Serahan Tangan 250.00
Pos 280.00
  1. Sila pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap seperti nombor telefon bimbit, e-mel, alamat surat menyurat dan alamat penghantaran gambar (bagi pemilihan penghantaran gambar secara pos) sebelum menekan butang TEMPAH & BAYAR. Sekiranya masih tidak boleh menekan butang TEMPAH & BAYAR, sila laksanakan clear cache and cookies di Google Chrome/Mozilla Firefox.

  2. Pembayaran tempahan gambar atas pentas Majlis Konvokesyen UKM ke-51 hanya boleh dilaksanakan melalui Sistem Konvokesyen UKM.

  3. Graduan boleh mengambil gambar di Pusat Siswazah UKM mulai jam 9:30 pagi sehingga 5:00 petang keesokan harinya bagi konvokesyen sesi pagi dan mulai jam 12:30 tengah hari sehingga 5:00 petang keesokan harinya bagi konvokesyen sesi petang bermula 26 November 2023 sehingga 6 Disember 2023.

  4. Tempoh pengambilan tempahan gambar secara serahan tangan adalah bermula 26 November 2023 sehingga 6 Disember 2023 di Pusat Siswazah UKM. Selepas daripada tarikh tersebut, tempahan boleh diambil di premis syarikat jurugambar rasmi atas pentas yang dilantik. Sila berhubung dengan khidmat pelanggan Prestige Media Studios Sdn. Bhd. di talian 014-3661691/03-89582550 atau e-mel prestigemedia.file@gmail.com bagi mendapatkan maklum balas berkenaan.

  5. Untuk makluman, kaca cermin bingkai gambar bagi pembelian pakej B akan digantikan kepada PLASTIK ACRYLIC untuk memastikan cermin bingkai tidak pecah dan DIJAMIN SELAMAT. Penghantaran akan dibuat menggunakan khidmat POSLAJU beserta KOTAK dan INSURAN.

  6. Kos penghantaran tidak akan dipulangkan sekiranya graduan menukar kaedah pengambilan gambar daripada pos kepada serahan tangan.

  7. Graduan akan menerima salinan lembut gambar melalui e-mel selewat-lewatnya pada 24 Disember 2023.

  8. Pakej tempahan gambar (pos) akan di pos selewat-lewatnya pada 24 Disember 2023.

  9. Graduan tidak dibenarkan untuk membuat penukaran pakej gambar selepas pembayaran dibuat.

  10. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak JANA@UKM di talian 03-89213092/4519 atau muhammadshazwan@ukm.edu.my / ayushahira@ukm.edu.my

Contoh Gambar Bersaiz 5R

contoh gambar bersaiz 5R

 

contoh gambar bersaiz 8R

contoh gambar bersaiz 8R

 

contoh gambar bersaiz 11R

contoh gambar bersaiz 11R

 

contoh bingkai bersaiz 11R

contoh bingkai bersaiz 11R