Mahasiswa Digesa Supaya Menonjol

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto: Shahiddan Saidi, Izwan Azman

BANGI, 4 September 2015 – Setiap pelajar baru perlu cemerlang dalam  bidang pilihan mereka, selain daripada pengajian akademik di UKM.

“Selama 3 atau 4 tahun anda perlu menjadi orang yang sangat bernilai. Ia bukan hanya mengenai akademik,” kata Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Beliau ibaratkan mereka mengendong payung merah, iaitu mahasiswa menjadi lebih menyerlah atau ada ciri-ciri tersendiri.

“Kelas daripada sesi 2015/16 akan mengalahkan kumpulan sebelumnya. Semua pelajar juga mestilah mempunyai semangat berpasukan dan bersifat keusahawanan untuk meningkatkan profil UKM.  Saya mahu melihat kamu semua bangga mengendong payung merah,” katanya kepada mahasiswa pada  acara Minggu Mesra Mahasiswa (3M) untuk pelajar baru di sini hari ini

Naib Canselor berkata keunikan UKM telah menarik perhatian 500 syarikat tempatan dan antarabangsa, antaranya Standard Chartered, Exxon Mobile, Sime Darby dan UEM.

Malahan, beliau juga menerangkan bahawa universiti terkemuka antarabangsa di negara-negara ASEAN telah mengambil petunjuk daripada UKM yang mengasaskan Program Sukarelawan Belia ASEAN (AYVP) yang mana menjadi pilihan sukarelawan bermotivasi dan berpandangan jauh supaya berbakti kepada masyarakat.

“Kira-kira 600 pelajar UKM dari Asia Tenggara telah mengambil bahagian dalam program AYVP, bersama mahasiswa UKM. Maka rebutlah peluang untuk keterlibatan penuh dengan masyarakat.

“Anda juga perlu berusaha mengadakan perkongsian pintar di dalam dan di luar negara dengan menjadi wakil tidak rasmi negara,” beliau nasihatkan.

Mengenai bilangan pelajar yang memasuki UKM sesi ini, beliau berkata 3,100 telah berdaftar daripada kira-kira 4,000 yang ditawarkan, manakala sejumlah lebih 40,000 yang memohon tempat di UKM.

“Bagi setiap calon yang berjaya ditawarkan tempat sebagai seorang mahasiswa di UKM, terdapat empat orang lain yang memohon kepada universiti sebagai pilihan pertama tetapi tidak dipilih,” katanya.

Naib Canselor berkata pelajar baru yang berjaya harus berbangga bahawa mereka adalah antara yang terbaik daripada para pemohon.

Beliau memberitahu pelajar bahawa mereka akan diberi galakan dan sokongan yang diperlukan dalam usaha menonjol diri, dengan kira-kira 10,000 profesor, pensyarah dan kakitangan sokongan sedia membantu.

Semasa ceramah motivasi beliau, Prof Noor Azlan juga memperkenalkan mahasiswa kepada pihak pengurusan atasan, termasuk empat Timbalan Naib Canselor; Prof Dato’ Dr Mazlin Mokhtar, Prof Dato’ Ir D. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal dan Prof Dr Imran Ho Abdullah.

Turut hadir, Pro Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Marzuki Mustafa dan Prof Dr Nor Ghani Md Nor.ukmnewsportal-bm

2

2

1

3