1,100 Pelajar Pasca Siswazah Daftar Untuk Tahun 2016

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 10 Mar 2016 – Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia perlu menyerlahkan diri di dalam bidang yang mereka minati, selain daripada pengajian akademik di UKM.

Demikian menurut Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali semasa berucap di Hari Informasi Pasca Siswazah di UKM, semalam.

Seramai 1,100 pelajar pasca siswazah baharu telah mendaftar di UKM untuk semester dua tahun 2016 termasuk 726 pelajar antarabangsa dan 154 calon Doktor Falsafah (PhD).

“Apabila anda berada di UKM anda perlu untuk mencipta semula diri sendiri dan membezakan diri anda daripada orang lain,” katanya sambil mengendong payung merah.

Beliau berkata payung merah tersebut melambangkan hasrat untuk menjadi berbeza daripada orang ramai dan keberanian untuk mencabar kelaziman.

Beliau turut menasihatkan mereka untuk berusaha melibatkan diri dalam perkongsian pintar di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Alumni dan Antarabangsa) Prof Datuk Ir Dr Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat dan Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UKM Prof Dr Andanastuti Muchtar.ukmnewsportal-bm

2

3