Simposium Kebangsaan Psikologi Pekerjaan 2020 Julung Kali di Malaysia Anjuran UKM


Oleh Mas Aliza Abu

Foto Ikhwan Hashim

Bangi, 20 Disember 2020 – Impak wabak Covid-19 yang berbeza-beza terhadap setiap insan menyebabkan organisasi sukar membayangkan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Marzuki Mustafa berkata dalam ucapan pembukaan di Simposium Kebangsaan Psikologi Pekerjaan 2020. Beliau berkata simposium ini adalah bertepatan dengan krisi Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini.

UKM melalui Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) telah menganjurkan simposium peringkat kebangsaan yang buat pertama kalinya diadakan di Malaysia. Simposium ini merupakan gandingan bersama rakan strategik UKM iaitu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, DOSH-Sarawak, PERKESO-Sabah, Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Simposium ini bertujuan mengutarakan isu-isu berkaitan kesejahteraan psikosisal pekerja dan majikan serta keberkesanan organisasi dalam menempuh norma baru ini selain menyediakan resolusi aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia, kesihatan dan keselamatan, latihan dan pembangunan, pembangunan organisasi serta penilaian psikologi dalam mengurus pekerja dan pekerjaan

“Kesihatan mental dan kesejahteraan psikologi pekerja amat terkesan terutamanya ketika mengharungi norma baharu di tempat kerja mahupun bekerja di rumah.”

Beliau berharap dan yakin bahawa resolusi yang terhasil dari simposium ini berkualiti tinggi dan mampu memperkasa kecekapan serta keberkesanan organisasi.

Sebanyak lima forum telah dijalankan secara serentak dan simposium ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 31 resolusi aplikasi psikologi dalam pelbagai bidang.